7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator 2

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator

Masih pening nak pilih software editing yang tepat? Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Kedua-dua software ini mempunyai tools dan command yang hampir sama, namun interface dan kegunaan bagi setiap tools mungkin sedikit berbeza dari segi teknik penggunaan dan hasil. Ini 7 perbezaan asas antara PSD dan AI.

1. Artboard

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator 3

PSD menggunakan single canvas dimana hanya boleh edit satu artboard pada satu file. Jika ingin lakukan lebih dari 1 kerja editing, pengguna perlu buka file baru (New Document). Ai pula menggunakan Multiple artboard dimana boleh melakukan lebih dari satu kerja edit dalam satu file.

2. Ruang Kerja (Workspace)

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator 4

PSD hanya boleh melakukan kerja editing didalam ruang artboard sahaja, jika objek atau gambar diluar ia tidak akan kelihatan. AI pula memberi ruang kerja yang lebih fleksible sehingga di luar artboard.

3. Layer

Kebiasaannya kerja di Ai menghasilkan banyak bentuk, dan setiap bentuk ini akan  menghasilkan layer tersendiri. Oleh itu, AI akan menpunyai banyak layer tidak seperti PSD dimana satu layer untuk single object dan boleh menambah objek-objek lain diatas layer yang sama.

4. Zoom Capacity

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator 5

Zoom in/out di PSD adalah limit mengikut size gambar asal, jika zoom terlalu besar gambar akan menjadi blur. Manakala Ai pula boleh zoom sehingga 900% tanpa menjejaskan quality gambar.

5. Area Selection

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator 6

PSD mengamalkan area-selection dimana pengguna boleh mengubah mana-mana Kawasan yang dikehendaki, manakala Ai mengamalkan shape-selection dimana pengguna boleh memilih satu bentuk yang ingin diubah.

6. Command Key

Jika kita melakukan kesilapan, kita akan menggunakan Undo-Key (Ctrl+Z). Di PSD, Undo-Key hanya langkah kebelakang satu kali sahaja. Tetapi di Ai, Undo-key adalah tidak terhad. Jadi untuk memudahkan kerja, buka panel history.

7. Saiz

Saiz gambar sangat penting mengikut tujuan penghasilan. Jika untuk kerja percetakan, AI lebih baik kerana walaupun kualiti gambar yang besar, saiz simpanan adalah lebih kecil berbanding PSD. Oleh itu, masa untuk menyimpan (Saving) adalah lebih cepat berbanding PSD.

Leave a Reply