Our Story

Sebenarnya saya bermula dengan minat mengajar sejak tingkatan 5 lagi.. Episod perubahan ini disebabkan hikmah, apabila nekad berubah dari zaman kelam tingkatan 4 yang banyak ponteng sekolah, kepada seorang pelajar yang berguna untuk mak & ayah. Kehidupan dari keluarga sederhana ini menguatkan azam, belajar pandai-pandai, agar menjadi anak berguna buat mak ayah. Disinilah, minat mengajar itu bermula daripada ‘study-group’ bersama rakan kelas.

Setelah melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka, pada tahun 2009, ia tidak terhenti disitu. Minat yang mendalam dalam mata pelajaran ‘Engineering Math’, membuatkan ramai rakan mengunjungi rumah sewa pada ‘study week’ untuk belajar dengan saya.

Tahun 2012. Masa saya melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, saya pula terlibat dalam Multimedia dan Publisiti untuk belajar benda baru. Masa itulah membina pengalaman sebagai photographer, video editor, graphic designer, dan lain lagi. Sekali lagi, saya di jemput untuk mengajar dalam bidang ini pula. 

Disebabkan ditolak cinta hati disebabkan masih belajar kerana belum bekerja. Tahun 2015, saya berazam untuk buat bisnes dan buktikan saya boleh bekerjaya walaupun masih belajar.

Pada ketika itu, saya keluarkan produk jenama sendiri. Produk fizikal kecantikan & kesihatan. Disinilah, saya menimba pengalaman tentang online advertising, digital marketing menggunakan Facebook Ads. Pengalaman ini meningkatkan saya tentang dunia perniagaan internet.

Tahun 2016, keluarlah produk digital saya pertama kalinya, saya menghasilkan modul digital sendiri melalui modul video dan ebook, kemudian dicetak melalui DVD. Modul yang dihasilkan gaya editing photoshop & Ai power ini mendapat sambutan hangat ke seluruh Malaysia dengan lebih 3257 unit terjual.

Akhirnya, disebabkan beberapa inspirasi itulah, Adanya Website ini yang memuatkan Online Course dimana belajar sepenuhnya secara online. Untuk pengetahuan, Website ini juga dibangunkan sendiri oleh saya tanpa mengupah mana mana pihak. Titik kejayaan ini, kami mensasarkan sebanyak 200 modul dihasilkan untuk menyumbang ilmu kepada masyarakat menjelang 2021.

Pesanan saya, teruskan dengan apa yang kita ada, jangan berhenti belajar benda baru.

About us 1

Taufik Opik

Sales, Marketing Officer & Trainer

Yunos Yun

Marketer & Chatbot Developer

Ijat

Marketer, Web Developer & Trainer

Eddy Edi

Chief Finance Officer

Ubai Mazlan

Web Designer

Arif Ngurep

Top Affiliates, Shareholder, and Adviser of Lernify

The Face Behind Our Success

What Can We Do For You?​

Chatbot & Automation

Mengurus pelanggan dan follow up secara automatik dengan chatbot

Facebook Ads

Tingkatkan pelanggan secara online menggunakan Facebook Ads​

Website Developer

Bina Website yang menarik, responsif, ringan, yang mampu naikkan imej bisnes & branding

Video Content Editing

Tingkatkan pelanggan secara online menggunakan Facebook Ads​

Poster Editing

Bina poster menarik menggunakan Photoshop & AI

Digital Coaching

Bantu anda face-to-face secara virtual, samada Editing Poster & Video, Digital Marketing, dan Chatbot.

Online Course

Pelbagai modul yang kami bangunkan khas untuk pelajar, penjawat awam, mahupun usahawan

Meet Our Clients

Close Menu