Skill yang perlu ada pada graduan dalam mencari pekerjaan 2

Skill yang perlu ada pada graduan dalam mencari pekerjaan

Dalam zaman yang semakin mencabar ini, para graduan tidak seharusnya terlalu bergantung pada CGPA sahaja untuk mencari pekerjaan. Mereka seharusnya melengkapi diri mereka dengan ilmu dan skill – skill yang boleh menaikkan value pada para graduan.

Pelbagai skill yang boleh para graduan asah untuk melengkapkan diri dalam alam pekerjaan seperti Microsoft Word, AutoCad, Photoshop dan banyak lagi.

Mari kita mengupas satu persatu skill dan ilmu yang boleh digunakan semasa di alam pekerjaan

Skill yang perlu ada pada graduan dalam mencari pekerjaan 3

Microsoft Office

Microsoft Office merupakan salah satu software yang wajib para graduan tahu cara penggunaannya. Ini kerana para graduan akan banyak mengunakan Microsoft Office semasa bekerja, terutamanya sekiranya mereka ditugaskan untuk membuat laporan ataupun pembentangan.

Ini kerana, hampir 70% graduan apabila ditemuduga dan diberi tugasan oleh majikan, ramai yang gagal walaupun hanya memerlukan basic skill

Skill yang perlu ada pada graduan dalam mencari pekerjaan 4

Photoshop/ Design

Kemahiran editing juga boleh menaikkan value anda kerana ia boleh menambah impressi daripada bakal majikan.

Para graduan boleh menguasai skill seperti photoshop atau designing software seperti Adobe Photoshop, Lightroom, Flash, Illustrator dan banyak lagi.

Para majikan juga amat suka akan pekerja yang boleh melakukan multitasking kerana mereka akan lebih percaya dengan kebolehan anda. Mana tahu anda boleh ditugaskan untuk membuat design untuk syarikat atau ditugaskan untuk mengetuai projek syarikat. Itu merupakan satu peluang keemasan untuk career anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kemahiran anda sebagai punca pendapatan sampingan seperti membuat design poster, baju, bunting mahupun keperluan komersial organisasi anda bekerja nanti.

Skill yang perlu ada pada graduan dalam mencari pekerjaan 5

Video Editing

Video editing juga merupakan salah satu kemahiran yang boleh memberi kelebihan kepada para graduan.

Amat mudah dan berbaloi jika  anda mahir dalam video editing kerana sama seperti designing skill di atas, skill edit video juga menjanjikan pendapatan sampingan serta memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan video tugasan yang menarik dan jauh lebih baik dari rakan-rakan anda.

Anda boleh belajar sendiri cara – cara membuat video editing kerana banyak tutorial yang boleh anda dapat di YouTube. Video editing juga sebenarnya amat mudah untuk dipelajari sekiranya anda tahu tips dan teknik yang betul.

Skill yang perlu ada pada graduan dalam mencari pekerjaan 6

Skill Berkomunikasi

Skill untuk berkomunikasi juga amatlah penting kerana dalam alam pekerjaan anda akan sentiasa berinteraksi dengan rakan sekerja mahupon pelanggan. Komunikasi akan memudahkan segala urusan kerja serta boleh mengelakkan daripada anda salah faham dengan apa yang anda lakukan. Komunikasi yang baik membolehkan penyampaian maklumat dilakukan dengan cepat, berkesan dan efisien.

Leave a Reply