Senarai kerjaya yang saya buat sejak kecil 2

Senarai kerjaya yang saya buat sejak kecil

Senarai kerjaya ini membentuk macam macam pengalaman. Background saya dari kecil sampai besar adalah engineering.. Namun ini pelajaran saya sepanjang hidup:

Kerjaya masa kecil

4-5 tahun – dah usik alat alat elektrik dirumah, dah buat mentol meletup sebab terus sambung di soket rumah.. sebab masa tu ayah masih lagi menuntut di Kolej Polytech Mara dalam bidang Elektrik.. Jadi barang barang mentol, lampu tu saya dah start usik, sampai cair penutup lampu.. Mujurlah tak kena renjatan elektrik.. Ini antara senarai kerjaya yang bagi moment terawal minat tentang engineering.


7 Tahun – Ikut ayah wiring elektrik rumah, pasang lampu panjang, pasang suis.. Part time sehingga umur 20 tahun..
8 Tahun – Jual mee siput, krepek di sekolah..
12 tahun – wiring lampu suis dua hala di laluan pokok getah ke rumah.. Dari rumah boleh off lampu, atau dari tempat parking kereta pun boleh off..
14 tahun – Bikin motosikal, overhaul enjin motosikal, mengajar repair enjin motosikal jenis honda.. Masa ni suka ubahsuai enjin motosikal nak bagi ringan dan laju..
15 tahun – wiring sendiri rumah atuk saya, pendawaian permukaan.. Jenis kabel bukan lalu dalam pipe.. Masa ni kable kena klip timah..
16 tahun – wiring rumah mak ayah. Pendawaian menggunakan piping..
19 tahun – Buat servis format laptop.. buat MLM, banyak juga belajar masa ni.. Antaranya, Buat flyers, keyakinan speech, dll..
20 tahun – buat bisnes pendawaian elektrik sendiri & Berniaga Shisha.. Terhenti sebab sambung belajar.. di UTHM..
21 tahun – Bermula dengan tiada apa apa perniagaan.. Sebab mula dari bawah balik.. Diuji ibu bapa berpisah, kemalangan kereta, kemalangan motosikal..
22 tahun – Belajar grafik & design sendiri
23 tahun – Ikut kawan buat photografi, bisnes kereta sewa, program motivasi pelajar sekolah..
24 tahun – buat bisnes produk OEM jenama sendiri
25 tahun – Buat produk digital sendiri melalui DVD
26 tahun – Belajar bina website WordPress, memang noob habis masa ni..
27 tahun – Buat platform E-learning Lernify
28 tahun – Setup Company Mastery Success Sdn Bhd..

Tu lah, dalam perjalanan hidup, dah macam macam buat dah.. Kalau kita rasa putus asa baru mula bisnes.. Buat bisnes asyik tak menjadi.. Kena cuba lagi, usaha lagi jangan putus asa..

1 thought on “Senarai kerjaya yang saya buat sejak kecil”

  1. Pingback: Ini 7 Tips Sahur 2020 Yang Boleh Buat Anda Tak Lapar Dan Bertenaga Sehingga Berbuka! - Ubaidullah Jaafar

Leave a Reply

Scroll to Top