Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2020

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2020/ 2021 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2020.

Iklan Permohonan

Tawaran Biasiswa Ini Juga Akan Di Iklan Secara Ringkas Dalam Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak Dan The Borneo Post Sabah Pada Hari Sabtu Dan Ahad awal bulan September.

Maklumat Lanjut dan Permohonan

Maklumat Lanjut Mengenai Syarat-Syarat Permohonan, Bidang Tajaan Dan Cara Memohon Boleh Diperolehi Dengan Melayari Portal eSilaV2 setelah permohonan dibuka nanti.

Sumber : Portal Rasmi JPA

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia;
Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013.
Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan

Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).
Selamat Memohon =)

Pengalaman saya:

Saya dapat biasiswa JPA untuk peringkat Diploma dan Ijazah. Jadi bersyukur sangat, sebab tak pernah meminjam sepanjang pengajian saya selama 7 tahun di pengajian tinggi politeknik dan universiti.

Cuma pengajian MBA sahaja saya gunakan duit sendiri untuk sambung pengajian sebab dah berniaga sendiri. Manakala, untuk sekarang, PHD universiti bagi biasiswa dan elaun tiap bulanan.

Anda kena alert, permohonan biasiswa JPA 2020 ini dibuka masa intake bulan 9. Anda kena mohon sebaik anda dapat surat tawaran. Surat tawaran ini dapat sebelum intake lagi. Sebelum anda masuk belajar lagi.

Kalau lambat memang tawaran ditutup. Anda kena tunggu sampai tahun depan. Kena tunggu setahun. sebab masa Intake ijazah saya hanya dapat mohon masa Tahun 2. Hanya kerana saya intake rayuan ke Universiti gara gara slip MUET tak keluar lagi. Tu yang permohonan pertama universiti ditolak.

Kena mohon Online ya. Mohon ikut pautan disini, anda kena alert, bahagian notice board ada bagitahu di website ini https://esilav2.jpa.gov.my/

This Post Has One Comment

  1. Noted, thankyou for the information!

Leave a Reply

Join Telegram Channel untuk tips menarik, Freegift, serta promosi terbaik pada masa akan datang disini: Klik Disini

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

More To Explore

Kerja Gaji Besar
cari kerja

6 Kerja Gaji Besar Tanpa SPM (Kisah Benar)

Ramai yang sekarang ni tak tahu kalau tak habis SPM nak kerja apa yang gaji besar. Nak kerja gaji besar tanpa SPM boleh ke? Sebenarnya

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: