Kelebihan dan Kekurangan belajar secara Online

Teknologi hari ini sangat membantu dalam setiap pergerakan manusia. Kemajuan di dunia internet dengan rakan kongsi mudah alih pintar menjadikan kehidupan lebih mudah dan tanpa batasan jarak. Tambahan pula, banyak perkara yang kita boleh pelajari secara online. Akan tetapi, belajar secara online ini ada banyak kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan belajar secara online

Kelebihan dan Kekurangan belajar secara Online 1

1. Masa dan tempat yang fleksibel

Anda bebas untuk memilih masa dan tempat sekiranya anda belajar secara online. Ini kerana anda tidak terkongkong dengan waktu pembelajaran yang telah ditetapkan seperti di dalam kelas atau kuliah. Anda boleh memilih bila masa untuk anda belajar mengikut kesesuaian anda sendiri.

2. Menjimatkan wang

Belajar secara online boleh membantu untuk menjimatkan wang. Sebagai contoh, anda tidak perlu mengeluarkan wang belanja untuk pergi ke kursus yang jauh dari tempat tinggal anda. Selain itu, kos penginapan juga dapat dielakkan sekiranya anda pergi ke kursus di tempat yang jauh hanya dengan belajar secara online. Bagus bukan?

3. Memudahkan ulangkaji

Kelebihan dan Kekurangan belajar secara Online 2

Sekiranya anda tidak faham sesuatu perkara, anda boleh mengulang semula apa yang anda tidak faham sehingga anda faham. Kalau tanya pada cikgu, kadang- kadang mereka letih nak ulang benda yang sama banyak kali. Tetapi belajar secara online tidak, ulang la banyak mana yang anda mahu.

Kekurangan belajar secara online

1. Data internet

Untuk belajar secara online memerlukan sambungan internet yang laju untuk melancarkan proses pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa pada zaman sekarang, banyak pembekal talian internet yang manawarkan pakej-pakej internet yang pelbagai. Terpulang pada anda untuk memilih pakej internet mana yang sesuai dengan anda.

2. Tidak boleh belajar secara Face to Face

Kelebihan dan Kekurangan belajar secara Online 3

Ada sesetengah orang lebih gemar dan selesa untuk belajar secara Face to Face kerana mudah untuk bertanya soalan sekiranya tidak faham. Pembelajaran secara online kebanyakannya tidak dilengkapi dengan perkara ni. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang kita boleh belajar secara Face to Face melalui aplikasi Skype, TeamViewer dan banyak lagi.

3. Tidak fokus

Belajar secara online adalah sesuatu yang bebas dan anda tidak akan diawasi. Jadi adalah sangat mudah untuk anda hilang fokus atau bosan semasa pembelajaran. Akhirnya anda akan terlepas sesuatu dan mungkin juga anda akan salah faham akan sesuatu perkara.

Sekiranya anda mahu belajar editing secara online, saya cadangkan anda belajar di
https://ubaidullahjaafar.com. Terdapat pelbagai kursus yang anda boleh ikuti dengan harga yang berbaloi.

Join Telegram Channel untuk tips menarik, Freegift, serta promosi terbaik pada masa akan datang disini: Klik Disini

Nak Info Menarik & Tips Lagi akan datang ? Nak Template bernilai $300 percuma? Jom daftar disini..

Share on facebook
0
Share on google
0
Share on twitter
Share on linkedin
0
Close Menu
×

Cart