Tips sahur 2020

Ini 7 Tips Sahur 2020 Yang Boleh Buat Anda Tak Lapar Dan Bertenaga Sehingga Berbuka!

Bila berpuasa ni, sebelum amalkan 7 tips sahur ni, tengahari mula lemau. Nak buat keje rumah waduhh, rasa tak larat jerr. Nak kata tak sahur 2020, masa sahur mkn nasi lagi. Masa buka jangan cakap la.. Banyak sis telan tau.. Tapi kenapa ya.. Masih lemahh..

Pernah Amalkan Tips Sahur di Internet

Pernah jugak amalkan tips sahur kat internet tu.. Sebab nak bertenaga masa puasa punya pasal.. Tryla 3 biji kurma.. Then, Blend kurma dengan susu segar.. Memang sedap sangat. Kalah tau susu Farmfresh perisa kurma.. Kos pun Jimat..

Haa..meh kitorang nak share tips ringkas ketika sahur yang boleh membantu korang kekal fokus sepanjang berpuasa!

Tips sahur 2020 Gunakan Buah Kurma Blend dengan susu

Image result for jus kurma gif

Buah kurma nak tahu dia bagus ke tak. Tips sahur 2020 iaitu: Cari yang lembik sedikit. Bukan yang keras ya.. Yang juicy tu.. Sebab apa? Nak blend dengan susu nanti dia akan nampak lebih pekat, dan susu tu rasa sedap sangat.. Kurma ni ibarat superfood yang bantu kita bertenaga bila berpuasa nanti.

Masa sahur ambil 3 biji kurma dah cukup. Terpulang samada nak makan terus, atau blend dengan susu segar. Boleh juga gunakan susu tepung jenis fanleaf Family tu.. Masukkan 3 sudu besar susu Fanleaf tu, bersama 3 buah kurma, dan letak sikit air suam 2 cawan. Memang rasa macam susu segar. Ni antara tips sahur paling famous kalau korang nak tahu.

Korang tahu tak, buah kurma ni elok diambil semasa sahur tau! Kurma ni bukan je tinggi dengan kalsium dan mineral, tapi juga  dapat meningkatkan tenaga. No wonder lah kurma ni digelar sebagai superfood!

Campuran susu dan kurma ni, Serius sedap dan akan dapat mengatasi rasa letih untuk kekal fokus sepanjang hari! Minum masa sahur dengan berbuka je tau. Jangan minum masa azan Asar pulak!

Tips Sahur 2020 Susu Kurma dan Oat

Selalunya, kita baca tips sahur 2020 pasal susu campur kurma je kan? so nak jadikan minuman itu ada campuran yang bagus dan berserat tinggi. Susu segar yang dah siap blend dengan kurma tu, boleh campur dengan oat. Kali ni anda kena campur dengan oat, dan panaskan sekejap agar oat itu kembang.

Dan dah boleh makan terus.. Oat ni makanan berserat tinggi. Boleh atasi masalah sembelit. Bagus amalkan masa sahur tau. Jadi tak perlu pening pening nak masak nasi dan lauk pauk semua. Elakkan makanan untuk sahur adalah lebihan makanan berbuka puasa yang tak habis semalam. Yelah, kadang-kadang bila dah terlajak bangun lambat tu, makan apa yang ada jelah.

Tips sahur 2020 iaitu tak tidur lepas sahur

Ini 7 Tips Sahur 2020 Yang Boleh Buat Anda Tak Lapar Dan Bertenaga Sehingga Berbuka! 1

Puasa boleh bangun sahur, tapi tak solat subuh. Ini antara tips sahur penting juga ya. Kerana, melaksanakan solat subuh itu wajib tau. Dalam rukun islam juga. Jadi apa kena mengena tidur lepas subuh dengan badan kekal tenaga. Bila tidur lepas subuh, badan akan merembeskan hormon insulin dalam masa yang sama badan tak bergerak. Kira lepas makan tidur lah kirana. Akan menyebabkan lebihan tenaga dalam badan disimpan dalam bentuk lemak.

Lemak tidak dapat dipecahkan kepada tenaga sebab kita tidur lepas subuh. Tak buat exercise atau aktiviti riadah. Ini akan menyebabkan bangun siang rasa lemah, dan lesu. Terasa nak tidur lagi. Jadi tak elok tidur lepas sahur. Sebaiknya amalkan tidur sebelum zohor ya. Ini tips sahur penting tau.. Jaga timing tidur.

Tips Sahur makan sayur banyak banyak

Tips sahur

Portion nasi dengan sayur ni, kena separuh separuh. Sayur biar lebih. Sayur apa yang senang dimakan ya wakti sahur ni. Macam tak masuk akal pulak nak amalkan tips sahur macam ni. Hehehe.

Okay, saya biasanya makan sayur yang macam ulam ulam tu. Makan timun cecah sambal sikit. Makan salad sikit. Sebab apa bagus makan sayur masa sahur ni? Ia membantu sistem pencernaan kita. Sebab sayur ni tinggi serat tau..

Biasanya makan sayur ni gaul dengan nasi atau roti. Kalau saya nak kelainan. Saya letak salad dan timun atas roti tu, saya letak sedikit telur hancur. Dah cukup. Itu sahur saya harini.

Simple kan? tapi inilah tips sahur yang sangat mudah nak disediakan.

Cuba bangun sahur awal!

Ini 7 Tips Sahur 2020 Yang Boleh Buat Anda Tak Lapar Dan Bertenaga Sehingga Berbuka! 2

Dah besar ni memang jarang sangat nak bangun sahur. Yelah, dah hidup sendiri mak abah kita mesti dah tak kejut sebab dah duduk jauh dari mak abah. Haa..bila dah duduk jauh dari mak abah pulak, cukup liat nak bangun sahur.

Apa kata, korang paksa diri korang untuk bangun sahur awal. Yelah, bila dah bangun awal tu, barulah ada banyak masa nak prepare sahur. Takdelah sahur minum air je. Barulah tak lesu dan boleh kekal fokus buat kerja bila perut tak berbunyi.

Fahamlah, bila tak biasa bangun awal, kita akan terbiasa untuk bangun sahur tau. Tak terlepas untuk sahur. Bila sahur ni, kita boleh bertenaga sampai buka. Sebab tulah, korang kena latih diri untuk bangun awal secara konsisten supaya lama-lama, badan dah terbiasa. Tak payah pakai alarm dah!

Tips sahur makan buah buahan

Sebaiknya makan buah buahan ni masa perut kosong. Masa sebelum makan apa apa. Biasa saya makan apple hijau, atau makan anggur sikit. Paling bagus masa sahur ni makan buah betik. Memang membantu lanjarkan sistem pencernaan. Tak banyak tips sahur diluar sana suruh sahur makan betik sepotong.

Sedangkan, kebanyakkan mereka yang tak makan buah buahan, mereka akan terdedah dengan masalah sembelit. Jadi makan buah betik antara membantu untuk sahur. Betik ni boleh ganti juga dengan pisang.

Hari lain, saya buat jus pisang. Susu, kurma, pisang, betik, blend sekali. Memang sangat sedap. Warna oren air nya, tapi sedap. lemak lemak buah gitu. Kalau tak biasa? Blend susu, kurma, pisang jerr.. Jus susu kurma pisang ni Memang sangat sedap.. Apatah lagi home-made. Fresh dari ladang tau.. Artikel selanjutnya: Tips Kerjaya saya dari kecil sampai besar

Artikel ini diolah dan disunting semula dari: Ini 5 Tips Ketika Sahur Yang Boleh Buat Korang Kekal Fokus Dan Bertenaga Sehingga Berbuka!

Leave a Reply