Bantuan BPN Pelajar 2020

Bantuan BPN Pelajar 2020

Bermula 1 April, bantuan BPN Pelajar semakan BPN boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Namun capaian ke portal berkenaan agak sukar memandangkan berjuta rakyat Malaysia cuba untuk semak status permohonan masing-masing. Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 secara automatik layak menerima BPN.

Tiada permohonan Bantuan BPN Pelajar perlu dibuat

Bantuan BPN Pelajar sebaiknya anda semak status permohonan masing-masing di bpn.hasil.gov.my untuk kepastian.

Mungkin anda juga yang telah menerima SMS / emel tentang status BPN masing-masing.

Maklumat Bantuan BPN Pelajar

Sedar tak sedar, disebabkan daripada penularan Covid19, para pelajar IPT juga turut terkesan, jadi sudah pasti mereka yang layak menerima bantuan ini akan berasa lega.

“Kepada para pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk IPTA universiti awam, IPTS universiti swasta, matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik GiatMara akan diberikan bantuan ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM270 juta,” katanya.

Cara Mohon Bantuan BPN Pelajar Universiti dan IPT

Bagaimana cara mohon bantuan prihatin RM200 untuk pelajar IPT mungkin antara persoalan yang bermain di minda para pelajar. Bagaimana pula bantuan RM200 ini akan diagihkan kepada para pelajar?

  • Untuk makluman anda semua, cara mohon telah keluar secara rasmi (SEMAK FAQ)
  • Dimaklumkan bahawa RM200 akan dibayar secara sekali bayar (one-off) pada bulan Mei 2020.

Anda sebagai pelajar hanya perlu menghantar butiran yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah kepada Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik atau Unit Hal Ehwal Pelajar atau Unit Pembangunan Pelajar masing-masing

  • Salinan kad pengenalan anda
  • Nama bank dan nombor akaun bank milik anda sendiri
  • Salinan muka surat pada penyata bank yang tertera bukti akaun bank milik anda
  • Nombor telefon atau emel

Semua pelajar akan dapat bantuan BPN IPT swasta dan pelajar universiti awam, jadi sila login student portal masing – masing.

Senarai Pelajar Yang Layak

  • Pelajar Matrikulasi
  • Pelajar IPTA
  • Pelajar IPTS
  • Pelajar Politeknik
  • Pelajar Tingkatan 6 (Form 6) termasuk STAM
  • Pelajar IKBN
  • Pelajar Diploma Kolej Vokasional TVET
  • Pelajar Foundation
  • Pelajar International Baccalaureate Diploma,
  • Pelajar Asasi
  • Pelajar A-Level
  • Pelajar Australian Matriculation (AUSMAT)
  • Pelajar Diploma Lanjutan
  • Pelajar Doktor Falsafah PHD
  • Pelajar Master
  • Pelajar Diploma
  • Pelajar Degree Ijazah Sarjana Muda

Baca Juga : Biasiswa JPA PIDN 2020

Syarat dan Panduan

Sila pastikan setiap pelajar mengikuti panduan mudah dibawah bagi memudahkan anda mendapat bantuan ini.

  • Anda mempunyai akaun bank sendiri, tidak kiralah samaada Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, BSN dan lain-lain.
  • Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan.
  • Anda masih aktif belajar sehingga 31 Mac 2020

Hubungi Mereka

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan tempat yang anda belajar sekarang ini, samada di universiti kerajaan IPTA, universiti awam IPTS, matrikulasi, tingkatan 6, pelajar mara, pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara IKBN, pelajar SKm4 boleh hubungi nombor-nombor di bawah ini :

Bantuan BPN Pelajar 2020

Bantuan yang bakal diberikan kerajaan ini pasti akan dirasai setiap pelajar. Apa yang lebih penting sekarang adalah dengan membantu negara kita dengan duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rangkaian virus COVID-19.

Leave a Reply