6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 2

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah

Tak semua kerja edit memerlukan software yang memerlukan kemahiran seperti Photoshop. Kadangkala kita cuma nak buang latar belakang gambar sahaja, atau nak ubah resolusi dan saiz gambar sahaja, atau nak buang sedikit objek yang mengganggu dalam gambar. 6 Apps ini cuma di browser sahaja tetapi boleh buat semua kerja single-purpose editing ini, bookmark ye untuk kegunaan dimasa hadapan.

1. Buang atau Tukar Latar Belakang

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 3

Nak buang latar belakang dengan cepat? Remove.bg adalah apps online paling tepat dengan hasil yang pasti memuaskan dengan hanya satu klik. Hasil akhir dalam format PNG dan mempunyai pilihan untuk terus muatturun atau edit untuk tukar latar belakang yang lain. Namun hanya pengguna premium sahaja akan peroleh kualiti imej yang tinggi (4k & HD).

2. Kurangkan atau Kaburkan Imej

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 4

Bagi mereka yang gemar muatnaik gambar online, kadangkala ada beberapa maklumat, logo, atau orang yang tidak sengaja berada didalam gambar. Jadi untuk memudahkan kerja mengaburkan imej-imej ini, gunakan Redacted. Apps yang percuma ini sangat simple, hanya upload satu gambar, blurkan bahagian yang diingini (3 jenis filter), dan terus muatturun.

3. Mampatkan dan Ubah Saiz Imej

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 5

Dengan teknologi kamera sekarang memang akan hasilkan gambar yang cantik, tapi ia datang dengan saiz yang sangat besar. Squoosh boleh membantu memampatkan saiz gambar tanpa merosakkan kualiti.

4. Tingkatkan Resolusi Imej

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 6

Kadangkala gambar yang diambil mempunyai resolusi yang rendah. Apps Let’s Enhance ini dapat meningkatkan resolusi dan kualiti imej dalam masa yang singkat. Malah boleh memilih untuk meningkatkan tekstur butiran imej tanpa kelihatan terlebih tajam atau terlebih proses. Untuk free-user, terhad kepada 5 file sahaja.

5. Hapuskan Objek Dalam Gambar

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 7

Photobomb! Mesti pernah dengar kan gambar-gambar yang rosak disebabkan terdapat objek atau orang asing yang berada disudut tertentu.  Jika mempunyai masalah ini, Deep Angel sedia membantu. Apps ini memberi banyak pilihan objek yang ingin dibuang seperti manusia, haiwan, kenderaan dan banyak lagi. Walaubagaimana pun jika gambar yang kompleks agak susah untuk apps percuma ini untuk memberi hasil yang terbaik.

6. Gambar kepada Seni

6 Apps Online Edit Gambar Cepat dan Mudah 8

Tentu anda biasa dengan filter di Instagram. GoArt adalah satu apps yang akan menukar gambar kepada seni dengan 40 jenis filter yang berbeza. Cuma muatnaik gambar asal, pilih filter, ubah level intensity, dan terus muatturun gambar.

Leave a Reply