5 Cara Semak Tema dan Plugin Website 2

5 Cara Semak Tema dan Plugin Website

Apabila anda melawat sesebuah website, kadang kala anda mesti tertanya-tanya tema apa yang digunakan sehingga dapat hasilkan website yang cantik dan canggih. Kita boleh menggunakan website checker untuk ketahui lebih lanjut mengenai tema dan plugin yang digunakan.

Tapi sebelum tu pastikan website itu menggunakan wordpress. Caranya ialah menambah wp-admin di akhir alamat website, contoh: https://ubaidullahjaafar.com/wp-admin/. Jika keluar page login, bermakna ia menggunakan wordpress. Jika tidak, ia akan menjadi error404.

Dibawah ini adalah antara wordpress checker yang boleh digunakan untuk jimatkan masa kita:

1. ScanWP

ScanWP adalah satu platform yang mudah dan penuh dengan penjelasan lengkap mengenai tema dan plugin yang digunakan oleh sesebuah website. Pengguna cuma masukkan alamat website yang hendak di semak, dan ScanWp akan terus semak dan keluarkan keputusan. Keputusan ini juga boleh terus dihantar ke email jika ada yang berminat untuk menggunakan tema atau plugin yang sama. Pengguna juga boleh mengetahui tema atau plugin yang popular serta jenis belian samaada percuma atau berbayar.

2. WPTD

WPThemeDetector juga sama seperti ScanWP, interface yang simple dan mudah difahami. Masa yang digunakan untuk menyemak sangat pendek. WPTD memudahkan kerja pengguna dengan adanya butang download disetiap tema atau plugin yang digunakan.

3. Satori

Satori studio memberi kemudahan pengguna untuk semak tema sahaja. Penjelasan sangat simple, maklumat yang diberikan Cuma yang perlu sahaja seperti nama tema, penulis, version, dan official homepage. Dan cuma ada satu link sahaja ke theme homepage yang dikesan

5 Cara Semak Tema dan Plugin Website 9

4. WP Plugin Checker

WP Plugin Checker dicipta oleh Earth People iaitu sebuah agensi web Swedish. Penjelasan oleh WP Plugin Checker sangat ringkas. Kelemahan yang terdapat pada checker ini ialah ia Cuma boleh kesan plugin yang tersenarai dalam 50 plugin paling popular sahaja.

5 Cara Semak Tema dan Plugin Website 10

5. WP Theme and Plugin Detector (Chrome Extension)

Jika anda menggunakan Chrome, anda boleh terus guna extension ini. Entension ini adalah yang paling mudah digunakan kerana ia boleh terus mengesan wordpress plugin yang digunakan dan menghantar maklumat terus ke browser. Tak perlu copypaste alamat website lagi, Cuma satu klik pada butang extension bila kita sedang melayari sesebuah website.

5 Cara Semak Tema dan Plugin Website 11

Cara ini sangat membantu memudahkan anda dan memberi pilihan tema dan plugin yang popular serta maklumat lain yang berkaitan. Dengan tools ini, anda dapat jimatkan banyak masa berbanding buat kajian dan bermula dari kosong.

Leave a Reply