cara buat resume pekerjaan

11 Cara Buat Resume Permohonan Kerja dengan berkesan!

Nak tahu cara buat resume permohonan kerja ni mudah je, anda boleh search google dengan tapi template resume permohonan kerja. Terus beberapa website dah terpapar template yang anda boleh dapat secara percuma!

Okay tak nak bersembang lama.. saya nak terus bagi tips ni.

Rahsia cara buat resume permohonan kerja dengan menggunakan infografik

Sekarang tengah trending buat resume permohonan kerja yang berbentuk infografik. Ya, ia membantu, tetapi anda perlu ada kelainan juga pada resume anda. Namun infografik mestilah tidak nampak serabut, kalau boleh simple dan minimalis. Warna tak terlalu banyak, jenis font digunakan tak terlalu banyak, 2-3 font shj. Boleh guna century gothic font, dan juga, text tidak terlalu banyak.


Gunakan gambar yang berpakaian formal

Jangan gunakan gambar dengan berpakaian round-neck kalau nak masukkan dalam resume. Nama pun nak tahu cara nak buat resume permohonan kerja, dalam resume itu mestilah pakaian yang formal dan sopan. Tshirt berkolar bagi saya okay. Namun, jika permohonan untuk jawatan yang melibatkan professional seperti bidang kejuruteraan, kedoktoran, pendidikan, anda mesti gunakan gambar kemeja ber neck-tie.

Pengalaman yang bekaitan bidang dipohon disertakan

Pengalaman merupakan antara elemen sangat penting untuk bakal majikan lihat resume kita dan menilai, layak atau tidak. Pengalaman juga menunjukkan value diri kita yang tinggi, yang menunjukkan kita dah ada knowledge dalam bidang tertentu. Sebab itu, orang yang berpengalaman dia punya gaji lebih tinggi bila mohon kerja di tempat lain. Lebih lebih lagi pengalaman ini yang diperlukan oleh bakal majikan baru anda.

Disini anda boleh demand gaji sebab pengalaman anda. Namun pengalaman ini mestilah tidak kurang dari 1 tahun. sebaiknya pengalaman lebih dari 3 tahun. Barulah anda bersemangat nak buat resume permohonan kerja, jika anda dah siap dengan pengalamanan. Sebab itu, zaman belajar lagi, anda dah boleh dah mula buat part time hujung minggu bekerja dalam bidang anda. Anda grad dalam masa 4 tahun tu, sekurang kurangnya anda dah ada pengalaman 2 tahun secara part time. Namun tak semua bidang yang disediakan untuk part time. Seperti saya, saya bidang electrical engineering di UTHM. Semestinya hujung minggu saya boleh buat pendawaian elektrik di rumah rumah. Dan pengalaman ini sedikit sebanyak membantu saya untuk masukkan dalam resume kelak.

Kemahiran teknikal dalam resume anda

Bayangkan masa belajar lagi, anda dah explore software teknikal seperti Autocad, Photoshop, Illustrator, Solidwork adalah bonus! Lebih lebih lagi anda budak engineering semestinya kemahirang teknikal sangat diperlukan. Kemahiran teknikal lain yang berkaitan dengan bidang adalah bonus!

Kemahiran buat pemasaran online adalah bonus

Hampir kebanyakkan graduang di Malaysia akan bekerja di syarikat swasta, dimana anda bakal bekerja di syarikat yang anda bakal berhadapan dengan supplier, client, tender, dan lain lain. Ini merupakan satu pengetahuan dimana syarikat masing masing mementingkan prestasi bisnes. Jadi anda perlu sedikit sebanyak kemahiran dalam perniagaan dan pemasaran online. Kerana, jika anda bersaing dengan graduan lain. Jika anda ada kemahiran bisnes online ini, mereka akan memilih anda.

Kemahiran mengurus projek adalah bonus

Kemahiran mengurus projek ini anda boleh dapat pengalaman ini di bangku universiti lagi. Dimana, penglibatan anda dalam program universiti. Semestinya anda akan pelajari cara penyediaan kertas kerja, mengurus program, melantik jawatankuasa disamping memastikan perjalanan program tersebut dapat berjalan dengan lancar. Disinilah pengalaman yang anda bakal dapat masukkan dalam resume nanti.

Tak perlu masukkan keputusan peperiksaan yang tidak berkaitan.

Sebagai contoh keputusan UPSR masa darjah 6, pernah masuk tilawah, pertandingan mewarna, sijil PMR, sijil tadika dan semua.


Kelakuan baik semasa bekerja di syarikat sebelum

Jangan sangka, syarikat yang anda mohon sekarang ini tidak selidik tentang kes anda di syarikat sebelum ini. Jika banyak kes, selalu ponteng, berhenti tanpa notis, maka akan beri merit buruk kepada anda. Namun, jika anda berkelakuan baik, tak perlu risau pun, sebagai contoh, anda cuti kurang 3 hari MC dalam masa 3 tahun, Pernah dapat anugerah dari syarikat sebelum, pernah mengurus beberapa projek.

Masukkan apa yang kita ‘expertise’ dan apa yang kita boleh buat untuk jawatan yang di pohon.

Kepakaran ini anda boleh masukkan dalam kemahiran yang anda kuasai dalam resume. Ini juga core kalau anda nak kuasai cara buat resume permohonan kerja agar resume tersebut nampak bernilai di mata bakal majikan yang anda pohon ini.

Masukkan kata slogan yang berkaitan dengan bidang yang dipohon

Ini untuk menunjukkan resume anda seakan resume lain dari yang lain. Slogan ini anda boleh rujuk slogan syarikat yang anda bakal pohon nanti. Kemudian anda boleh ubah sedikit seolah olah, slogan anda pula menjawab kepada slogan syarikat tadi. Bakal majikan amat impress dengan slogan ini. Slogan ini seolah ayat power yang bakal menarik siapa yang membaca resume anda. Ini dikongsikan dari rakan saya yang banyak menerima tawaran interview selepas hantar cara buat resume permohonan kerja dalam format ini.
Biar ringkas tapi padat.

Ringkas ni banyakkan point, perenggan tak terlalu panjang. Kemudian, sebaiknya maksima 2 helai shj. 1 helai sebaiknya. Sebab dengan 1 helai resume, bakal majikan yang melihat resume anda tak pening nak baca tanpa perlu selak helaian resume tersebut.

Kemahiran bahasa inggeris penting.

Anda mesti letak kemahiran berbahasa inggeris, meskipun anda tidak tahu sangat nak bercakap mahupun menulis dalam bahasa inggeris. Jujur dengan kemahiran berbahasa inggeris anda. Tapi percaya, jika anda dapat kerja nanti, dimana culture dalam bahasa inggeris, lama kelamaan anda boleh kuasa bahasa inggeris.

Ini sahaja cara buat resume permohonan kerja. Semoga bermantaat untuk anda.

Leave a Reply