10 Tips Edit Video yang mampu Memukau Penonton

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

1. RULE 3 SAAT – Setiap cantuman video, terutamanya video montaj, video promosi produk, video korporat yang tiada tulisan. Jangan lebih 3 saat. Sebab? Dari scene 1 nak ke scene 2 dan seterusnya.. Jika lebih 3 saat orang akan rasa video tu lama. Tak percaya? Lihat video iklan TV, Dahla 30 saat jer durasi video. setiap transisi video mesti cepat sangat.
2. RULE 3 MINIT – Total durasi untuk full video orang lihat dari awal sampai habis. Mesti tak lebih 3 minit. Jangan buat video montaj, video iklan terutamanya lebih 3 minit. Kompem orang akan lihat video kita separuh jalan jerr
3. INTRO TECHNIQUE – Nak video gempak, mesti ada intro. Intro Text pun jadi lah. Orang lihat intro dah gempak. Gerenti mereka akan tunggu video sampai habis.
4. FAST MOTION – Ada sesetengah video anda perlu nampak cepat. Sebagai contoh, video yang tidak fokus pada sesuatu subjek. Orang ramai berjalan masuk dewan. Waktu ni jika kita cepatkan, akan nampak ramai orang bergerak dengan fast-motion membuatkan video kita lebih menarik!
5. SLOW MOTION – Biasanya video ni ada makna. Orang kahwin selalunya moment dengan suap menyuap, berjalan naik pelamin, atau bersalaman. Part ini bagus buat Slow Motion? Sebab kita nak bagi kesan pada penonton video kita dengan lebih lama.. Tips? Video yang berkaitan emosi, kalau boleh kita buat Slow Motion.
6. BLENDING EFFECT – Korang perasan tak kalau video yang ada efek objek halus bergerak-gerak, cahaya matahari, kesan cahaya cerah dlm masa yg cepat. dalam bahasa inggerisnya: Light flare, Film Burn, atau Particle dust? Mohon study lebih bab ni, ini buatkan video korang ada tarikan tau!
7. MOVING IMAGE – Video montaj bergambar terutamanya! Setiap transisi gambar A bertukar ke gambar B. Katakan setiap gambar tu durasinya 3 saat. Dah gambar, sifatnya pegun. Tiada gerakan ataupun animasi. Jadi MOVING TECHNIQUE ni sangat penting. Agar gambar bergerak samada zoom in, zoom out, panning right, left, up, ataupun down. Haa. Pilih salah satu ya. Biasa saya gunakan Zoom Effect jerr dah cukup!
8. SYNC MUSIC – Ni mostly orang yang tonton video saya puji lain macemm.. hehehe. Katanya, gempak hasil video. hehehe. Ini tips Power untuk korang ni tau.. Apa tips nya? Kalau buat video montaj, saya suka gunakan music yang ada intense. Yang ada gendang gendang epic tu.. Search music ‘Intense Background Music’. Dan paling best setiap gendang tu, kita boleh synchronized kan video anda tu ikut rentak tersebt. Ada efek lip-lap-lip-lap masa gendangan, ada efek video bertukar tukar ikut gendangan. Fuhhhh powerrr.
9. THIRD PARTY RECOMMENDATIONS – Ni khas untuk video montaj ke, Iklan ke, korporat ke.. Takkan nak tunjuk video semata kan? Part hujung sekali, masukkan video rekomendasi dari orang lain. Apa komen mereka tentang program anda, interview mak ayah penganting, interview testimoni pelanggan. This very attractive video bila ada orang bercakap tentang apa mesej yang kita sampaikan melalui video.
10. PLATFORM APPS/SOFTWARE – Nak edit hasilkan yang sebutkan diatas ni. Tak semua dapat apply kalau hanya guna Apps. Mesti kena pkai software yang betul dan edit menggunakan laptop/desktop. Antara software yang saya rekemen adalah: Vegas Pro, Adobe Premiere Pro, Sony Movie Studio.
Cukup sampai sini.. nanti saya share lagi ya..

Leave a Reply

0
Your Cart
%d bloggers like this: