10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 2

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google

Agak sukar untuk meningkatkan rank website di pencarian Google tanpa bantuan dan panduan yang betul. Oleh itu kita memerlukan SEO Tools untuk membantu dengan data-data dan paling penting keyword yang mampu meningkatkan kadar pencarian pengguna terus kepada website. Ini adalah senarai SEO Percuma untuk meningkatkan rank di Google

1. Google Keyword Planner

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 3

Sebelum menulis sebarang post di website, adalah penting untuk mengkaji dahulu keyword yang paling kerap digunakan dan dicari oleh pengguna. Google menyediakan tools percuma iaitu Google Keyword Planner dimana kita boleh mencari keyword berkaitan, idea iklan berkumpulan, trend keyword, jumlah pencarian, forecast, purata pay-per-click campaign, persaingan dan banyak lagi. Google Keyword Planner adalah 100% percuma, hanya perlu akaun Google sahaja untuk akses.

2. Google Search Console

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 4

Google Search Console adalah satu tools percuma yang ditawarkan oleh Google untuk membantu memantau, menyelenggara dan menyelesaikan masalah website berkaitan carian Google. GSC akan membetulkan masalah re-indexing content baru, URL inspection untuk melihat samada website tersenarai dalam carian Google, kemaskini data trafik, memberi amaran jika terdapat isu luar ataupun spam, dan pelbagai lagi fungsi yang semesti sangat membantu pemilik website dalam mengurus dan memantau prestasi website dalam indeks carian Google.

3. Google Analytics

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 5

Google Analytics adalah tools analisis web yang melacak dan melaporkan trafic di website.Ia akan mengkategorikan pelawat kepada pengguna dan sesi melawat dan menentukan samaada ia pelawat baru ataupun pelawat yang kembali ke website. Dan juga maklumat lain seperti umur, masa, lokasi, dan sumber. Dengan data ini, kita dapat mensasarkan website kepada audiens yang lebih tepat di masa hadapan.

4. Answer The Public

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 6

Team CoverageBook.com telah mengeluarkan satu tools yang dapat membantu dalam mencari keyword dan idea berkaitan keyword. Dengan bantuan tools ini, setiap post baru yang ingin dikeluarkan akan lebih tersusun. Dengan satu keyword sahaja, kita dapat tahu soalan, cadangan, perbandingan dan apa sahaja yang berkait dengan keyword yang dimasukkan.

5. Ahref’s Free Backlink Checker

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 7

Ahref’s adalah tools yang harganya agak mahal, tetapi ia menawarkan backlink checker yang percuma dimana kita dapat mengetahui 100 backlink yang mengarah kepada website. Lebih banyak backlink yang berkualiti mengikut website, Google akan menganggap website lebih dipercayai.

6. Yoast SEO Plugin

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 8

Jiika anda pengguna wordpress, plugin hebat ini adalah satu kemestian untuk meningkatkan SEO website anda. Untuk hasil lebih baik semestinya pakej premium berharga $87, tetapi masih boleh dapatkan yang percuma. Yoast menjanjikan 3 perkara utama iaitu lebih pelawat dari Google dan Bing, menarik lebih pelawat dari sosial media, dan meningkatkan engagement pembaca.

7. Keyword Everywhere

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 9

Keyword Everywhere adalah extension yang boleh dipasang di GoogleChrome dan MozillaFirefox. Tools ini sangat membantu menjimatkan masa dalam mencari keyword terbaik dengan 3 penentu utama iaitu jumlah carian sebulan, cost-per-click, dan Adwords Competition.

8. Responsive Design Checker

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 10

Pernah tak semak website di pelbagai platform dan lihat bagaimana kadar responsive? Adakah user interface (UI) masih sama seperti di komputer? Responsive Design Checker ini adalah satu alat untuk melihat kadar respon website di berbeza device, OS, dan saiz skrin.

9. Similar Web

Extension Similar Web ini adalah untuk melihat traffic masuk ke website samaada organic, referal ataupun dari sosial media. Kita juga boleh lihat rank website kita global dan juga local.

10. GTMetrix

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google 11

Selain dari keyword, kelajuan sesebuah website juga mempengaruhi kadar SEO. Untuk memastikan pelawat tetap dan tidak menutup sebelum habis load, pastikan masa load website lebih cepat. GTMetrix akan membantu analisis website dan memaklumkan bahagian yang perlu di beri perhatian dan dibaiki. Ketahui cara lajukan website wordpress disini

Leave a Reply