10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Tidak dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.

Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?

Oleh itu, bakal-bakal siswa perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka.

Mari kita baca senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti:

Graduan kejuruteraan antara yang paling senang dapat kerja

  1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

  1. Sains Veterinar (85.3%)

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

  1. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

  1. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

  1. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

  1. Sains komputer (59.1%)

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

  1. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

  1. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

  1. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

  1. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.

Sumber : Mynewshub.cc

Anda nak tahu? Bagaimana nak jadi seorang pelajar universiti yang berjaya?

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri di universiti lagi telah dilamar untuk dapatkan kerjasama bersama beberapa firma besar sebagai invitation trainer, pelatih dan pengajar di beberapa Universiti tempatan, mahupun pengurus bisnes?
.
.
Inilah ‘hint’ tersebut..

1) Tahun 1 di universiti hanya perlu aktif uruskan beberapa program akademik dan kemasyarakatan shj.. Pengalaman disitu, kita akan tahu bagaimana nak uruskan program daripada kertas kerja, bajet kewangan, team work, sehinggalah pengendalian program itu dijalankan dengan jayanya..

.

.

2) Tahun 2-3, hanya perlu aktif dalam beberapa program besar universiti yang melibatkan ‘intake’ pelajar baru dan beberapa program keusahawanan. Boleh aktif dalam unit multimedia dan publisiti, kerana berpengalaman multimedia dalam kemahiran teknikal seperti Adobe Photoshop & Illustrator, After Effect, Premiere Pro, Soni vegas hanya terdapat dalam unit itu sahaja!

Serisu, ia memang BONUS untuk jawab bila ditemuduga nanti.. Selalunya industri servis & perkhidmatan memang perlukan ‘frsh enginerr’ yang ada kemahiran ini, sedangkan kemahiran ini sangat sedikit dikuasai oleh golongan fresh graduate.

3) Tahun 3, hanya sertai kelab debat, kepimpinan, atau fasilitator sahaja untuk kukuhkan lagi keyakinan, personaliti, dan pandai berkomunikasi, Jangan terkejut, selepas itu, akan ada beberapa jemputan untuk anjurkan kursus motivasi pada golongan pelajar. Ini lah, permata yang tersangat cerah. Peluang yang sukar dicapai oleh ramai pelajar ‘cerdik’ yang lain.

“..Orang cerdik, tidak melihat pointer semata sebagai batu ukuran..malah dia lihat, apa peluang luar kuliah yang dapat ambil sebagai ukuran tambahan..”

.

.

Jarang jarang firma hanya melihat pada pointer untuk lulus temuduga!

Betul, 3 perkara ini, jika anda ambil serta di universiti, sungguh, ia tidaklah beri jaminan 100% untuk dapatkan pekerjaan. Tapi, anda boleh jamin diri anda sendiri bagaimana nak buat firma besar, memburu anda untuk bekerja di syarikatnya..

.

.

Bukan itu sahaja, kalau anda berbisnes pun, anda boleh survive dan berjaya! Bila anda ada 3 kepakaran diatas, yang hanya boleh dapatkan secara percuma di universiti, tapi tak ramai pelajar yang involve, anda boleh pergi jauh..

.

.

Abaikan kata kata kawan, Katanya buang masa, dan tenaga..

.

.

Tetapi, untuk yang tahu melihat peluang untuk 5 tahun kehadapan, pasti berebut-rebut untuk mengambil tempat dalam kemahiran ini!

.

.

Anda inginkan tips tips terkini melalui emel? Ingin dapatkan ebook percuma bagaimana untuk menulis resume yang pasti ‘menyengat’  untuk dapat kerja? Atau ingin belajar kemahiran teknikal seperti Photoshop & Illustrator? Atau berminat untuk belajar bagaimana design poster yang cantik lagi menarik untuk FInal year project universiti anda? Atau nak yakinkan penemuduga, dengan templete resume anda yang memukau?

Sebenarnya, Saya bagi banyak tips nak share dalam emel, antaranya bagaimana dengan resume boleh mengubah ‘first impression’ syarikat yang anda mohon. Terus call suruh datang interview, terus dapat kerja..

.

.

Tips ini dikongsi oleh sahabat saya, namanya naqibah..

Awalnya, beliau hanya saje-saje mohon 10 kerja, padahal masatu belum habis study pun lagi.. nak tau tak .. beliau mohon guna emel, dengan templet, dan design resume yang dia siapkan.. Dapat offer datang interview, dan beliau datang semua interview. Didapati lulus!

.

Semua tempat dapat offer. Lalu beliau pun, mati akal sebab ingatkan tak dapat semua.. rupanya semua dapat!! .. Maka beliau pun senyap beberapa hari. Terus semua tempat yg pernah datang interview tu call, dan marah, kenapa tolak offer ni?

.

Dengan selamba beliau saya tu cakap, “..saya minta maaf, sebab saya dah dapat offer kerja lain..”

Guna strategi templet emel, dan strategi resume beliau..

Terus dapat call datang interview.. terus dapat! Beliau cerita pada saya, Syukur sesangat.. mmg tak masuk akal!!

Teknik ini telah diuji dan berkesan!

.

Jangan isi nama, kalau anda bukan minat baca tips dan teknik ini..

Hanya untuk yang serius sahaja..

Boleh masukkan nama, emel, dan no telefon dibawah..

Leave a Reply

0
Your Cart
%d bloggers like this: