Kenapa sambung pengajian MBA walaupun sekarang dah bekerja atau buat bisnes? Ini antara orang tanya, mungkin mereka tak nampak kelebihan sambung Master MBA.
.
Ada orang cakap, “..Alaah, kalau setakat nak buat bisnes, lepas SPM pun boleh buat, tak payah belajar tinggi tinggi pun.. Membazir jerr..”
.
.
Lepas saya sambung belajar dalam Master MBA ni, sebenarnya, tanggapan itu salah sama sekali.. Banyak kelebihan sambung Master MBA ni
.
.
Buktinya, rata rata yang sambung Master MBA ni antaranya,
.
..Penjawat Awam
..Penjawat Swasta
..Business Owner
.
.
Masing masing ada halatuju antaranya Career path. Majikan sendiri menggalakkan untuk ambil Master MBA, jika nak tingkatkan lagi tahap kerjaya lebih tinggi.. Seperti di bahagian top management, Manager, Mahupun pegawai..
.
.
Semestinya, banyak insentif bila sambung belajar, dapat naik tahap lebih tinggi..
.
.
Namun, ada kelebihan juga sebagai pemilik bisnes menyambung pelajaran ke peringkat Master MBA ni:
.
.
Table of Contents
Kelas Master MBA padat dengan Networking, masa sambung belajar ni, lain macam..
Ada yang dari pegawai atasan, top management syarikat korporate, pemilik bisnes berpuluh cawangan, yang sambung Master MBA. Disini kita dapat berkenalan & bertukar nombor, dan hubungan berkekalan walaupun selepas tamat belajar. Akhirnya, ia boleh jadi satu jaringan yang merupakan peluang untuk kita satu hari nanti..
Kelebihan sambung Master MBA sebab Perkongsian dari pensyarah yang berpengalaman.
Masing masing pernah menyandang pengalaman dalam syarikat berbelas tahun lama nya.. Pengalaman yang amat mahal ini dikongsikan ikhlas di setiap sesi kuliah tanpa perlu bayar. Bayangkan jika kita ambil coaching utk dapat perkongsian dari yang dah otai dan berpengalaman. Pastinya di cas ribu ribu untuk 1 sesi. Disini kita dapat belajar, oh macam ni game syarikat besar. Ini kelebihan paling best saya dapat masa sambung Master MBA ni..
Kelebihan sambung Master MBA kerana ada Peluang bisnes, ada diantara mereka memang ceburi dalam bidang bisnes.
Mereka saling memerlukan. Macam saya, mempunyai syarikat agensi pemasaran digital. Mereka selalu minta pandangan & strategi pemasaran dalam bisnes. Alhamdulillah, dari situ dapat beberapa klien dari kelas sebelah, dan recommend kepada company company lain untuk jom 5 angka ??
Sambung MBA sebab Pembelajaran Akademik & Situasi sebenar.
Akademik dalam MBA ni lain sedikit, sesi kelas penuh dengan perbincangan, perbualan dua hala, penyampaian idea setiap pelajar berdasarkan pengalaman masing masing dalam industri dan perbincangan ini dari modul & case-study yang telah berlaku di dan dijadikan rujukan akademik. Disini kita dapat tahu, sedikit apa yang kita buat rupanya term dia ini. Dan kita belajar bagaimana dari akademik, nak merangka pengurusan bisnes lebih tersusun.
Kelebihan sambung Master MBA, Perkongsian Bisnes gaya korporat, kita sedia maklum, pensyarah dari industri masing masing..
Ada dari lawyer, CFO, Manager Jenama Antarabangsa, masing masing ada amalan tersendiri dalam pengurusan bisnes. Dari segi investor, bankers, dokumentasi, pemasaran, ekonomi, IT, dan macam macam.. Baru kita dapat bezakan, game bisnes kita tertumpu kepada bisnes cara bekerja sendiri, atau bisnes cara korporat..
Bagusnya sambung Master MBA ni, kita dapat Mengkaji bisnes sendiri, di akhir pengajian, pelajar pun ada Projek Akhir.
dimana perlu melakukan kajian untuk organisasi, bisnes orang lain mahupun bisnes sendiri. Disinilah peluang, untuk kita ketengahkan bisnes sendiri melalui kajian. Kita juga berpeluan hasilkan sendiri Proposal Perniagaan untuk bisnes kita. Boleh digunakan bila dah tamat belajar nanti untuk permohonan Geran mahupun pinjaman. Ini antara perkara bagi saya amat bernilai sepanjang pengajian. Ada bahan yang boleh digunakan sampai bila bila..
Pengajian Master MBA singkat, ada 5 semester dalam masa 1 tahun 7 bulan.. Kelas hari ahad je..
Hari lain free, Tahun pertama 3 semester, tahun kedua 2 semester.. Setiap semester hanya 8 minggu shj. Dan 6 minggu untuk semester pendek. Kelas hari ahad ni la yang sesuai untuk yang dah bekerja & mahupun bisnes..
saya nak tanya, kalau sambung MBA, ada kira-kira macam matematik tak? sebab saya fail sikit bab tu. dan kalau final semester tu kena buat tesis pasal networking jugak ke?
Exam mcm mana ya?