Cara Edit Video Mudah Untuk Newbie 2

Cara Edit Video Mudah Untuk Newbie

Inilah pengalaman saya sepanjang penglibatan di universiti, bagaimana saya boleh mahir dalam editing video yang tak ramai orang tahu:


1. Gunakan software yang mesra newbie 

Maksudnya kita yang lemah IT ni gunakan software tu taklah terkial-kial. Dengan interface yang membantu. Maka mudahlah nak sunting video tu.


Pilih Software yang ringan 

Antara Software yang membantu dan saya guna masa saya baru baru lagi dlm dunia video adalah cyberlink Power director. Memang betul ia bantu saya nak hasilkan video projek assignment masa kat universiti. Efek dalam tu pun disediakan. Cuma kelemahan software ni proses render punyalah lama, dan video yang siap tu dia punya saiz mak aii besar sampai ber GB saiznya.


Vegas Pro antara yang terbaik 

Kemudian, saya tukar gunakan vegas Pro. Mula mula pening jugak nak gunakan. sebab interface kurang membantu. Software ni dah kita semi-pro dah. Sebab macam macam features ada dalam tu. Dan paling bagus, kita boleh render video ikut setting youtube. Dan untuk HD tu kalau 2-3 minit video tak sampai pun 500mb. best!


Rahsia Template PowerPoint untuk Newbie

Kalau betul betul lemah IT, nak buat video animation contoh nya, tak perlu gunakan after effect. Sebenarnya kita boleh manfaatkan software microsoft office powerpoint. serius! korang tak tahu ada banyak animation dalam powerpoint yang boleh edit dgn mudah! kemudian boleh save as video .mp4. Cuma kelemahan dia, kita nak buat sendiri A-Z agak susah. Jadi gunakan je template beli. Edit godek godek sikit jadi!


Gunakan Template Video Effect 

Gunakan template! Yeah ini yang saya gunakan zaman berzaman kalau nak siapkan video saya dengan cepat. Hanya replace, tukar gambar, tukar text. Dan saya duplicate jer slide powerpoint tu replace gambar lain pulak. Dah jadi hasilnya!

Nak dapatkan berpuluh puluh koleksi template + Nak belajar video dengan saya?

Klik je website saya ni https://ubaidullahjaafar.com untuk mula belajar sekarang. Ada banyak benda yang korang boleh belajar.

Leave a Reply