Ubaidullah Jaafar https://ubaidullahjaafar.com Malaysia Online Learning & Digital Commerce Fri, 18 Jan 2019 13:21:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.0.3 https://ubaidullahjaafar.com/wp-content/uploads/2018/10/cropped-LOGO-UBAI_v1aa-1-32x32.png Ubaidullah Jaafar https://ubaidullahjaafar.com 32 32 JIKA SAYA NEWBIE, APA CARA UTK SY EDIT VIDEO PALING MUDAH? https://ubaidullahjaafar.com/jika-saya-newbie-apa-cara-utk-sy-edit-video-paling-mudah/ https://ubaidullahjaafar.com/jika-saya-newbie-apa-cara-utk-sy-edit-video-paling-mudah/#respond Wed, 21 Nov 2018 06:26:00 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1644

Inilah pengalaman saya sepanjang penglibatan di universiti, bagaimana saya boleh mahir dalam editing video yang tak ramai orang tahu:

  1. Gunakan software yang mesra newbie – Maksudnya kita yang lemah IT ni gunakan software tu taklah terkial-kial. Dengan interface yang membantu. Maka mudahlah nak sunting video tu.
  2. Pilih Software yang ringan – Antara Software yang membantu dan saya guna masa saya baru baru lagi dlm dunia video adalah cyberlink Power director. Memang betul ia bantu saya nak hasilkan video projek assignment masa kat universiti. Efek dalam tu pun disediakan. Cuma kelemahan software ni proses render punyalah lama, dan video yang siap tu dia punya saiz mak aii besar sampai ber GB saiznya.
  3. Vegas Pro antara yang terbaik – Kemudian, saya tukar gunakan vegas Pro. Mula mula pening jugak nak gunakan. sebab interface kurang membantu. Software ni dah kita semi-pro dah. Sebab macam macam features ada dalam tu. Dan paling bagus, kita boleh render video ikut setting youtube. Dan untuk HD tu kalau 2-3 minit video tak sampai pun 500mb. best!
  4. Rahsia Template PowerPoint untuk Newbie – Kalau betul betul lemah IT, nak buat video animation contoh nya, tak perlu gunakan after effect. Sebenarnya kita boleh manfaatkan software microsoft office powerpoint. serius! korang tak tahu ada banyak animation dalam powerpoint yang boleh edit dgn mudah! kemudian boleh save as video .mp4. Cuma kelemahan dia, kita nak buat sendiri A-Z agak susah. Jadi gunakan je template beli. Edit godek godek sikit jadi!
  5. Gunakan Template Video Effect – Gunakan template! Yeah ini yang saya gunakan zaman berzaman kalau nak siapkan video saya dengan cepat. Hanya replace, tukar gambar, tukar text. Dan saya duplicate jer slide powerpoint tu replace gambar lain pulak. Dah jadi hasilnya!

Nak dapatkan berpuluh puluh koleksi template + Nak belajar video dengan saya?

Klik butang ‘Saya nak Template Video’ dibawah..
]]>
https://ubaidullahjaafar.com/jika-saya-newbie-apa-cara-utk-sy-edit-video-paling-mudah/feed/ 0
10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia https://ubaidullahjaafar.com/10-ijazah-yang-paling-senang-dapat-kerja-di-malaysia/ https://ubaidullahjaafar.com/10-ijazah-yang-paling-senang-dapat-kerja-di-malaysia/#respond Wed, 21 Nov 2018 06:22:19 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1642 Tidak dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.

Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?

Oleh itu, bakal-bakal siswa perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka.

Mari kita baca senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti:

Graduan kejuruteraan antara yang paling senang dapat kerja

  1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

  1. Sains Veterinar (85.3%)

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

  1. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

  1. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

  1. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

  1. Sains komputer (59.1%)

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

  1. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

  1. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

  1. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

  1. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.

Sumber : Mynewshub.cc

Anda nak tahu? Bagaimana nak jadi seorang pelajar universiti yang berjaya?

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri di universiti lagi telah dilamar untuk dapatkan kerjasama bersama beberapa firma besar sebagai invitation trainer, pelatih dan pengajar di beberapa Universiti tempatan, mahupun pengurus bisnes?
.
.
Inilah ‘hint’ tersebut..

1) Tahun 1 di universiti hanya perlu aktif uruskan beberapa program akademik dan kemasyarakatan shj.. Pengalaman disitu, kita akan tahu bagaimana nak uruskan program daripada kertas kerja, bajet kewangan, team work, sehinggalah pengendalian program itu dijalankan dengan jayanya..

.

.

2) Tahun 2-3, hanya perlu aktif dalam beberapa program besar universiti yang melibatkan ‘intake’ pelajar baru dan beberapa program keusahawanan. Boleh aktif dalam unit multimedia dan publisiti, kerana berpengalaman multimedia dalam kemahiran teknikal seperti Adobe Photoshop & Illustrator, After Effect, Premiere Pro, Soni vegas hanya terdapat dalam unit itu sahaja!

Serisu, ia memang BONUS untuk jawab bila ditemuduga nanti.. Selalunya industri servis & perkhidmatan memang perlukan ‘frsh enginerr’ yang ada kemahiran ini, sedangkan kemahiran ini sangat sedikit dikuasai oleh golongan fresh graduate.

3) Tahun 3, hanya sertai kelab debat, kepimpinan, atau fasilitator sahaja untuk kukuhkan lagi keyakinan, personaliti, dan pandai berkomunikasi, Jangan terkejut, selepas itu, akan ada beberapa jemputan untuk anjurkan kursus motivasi pada golongan pelajar. Ini lah, permata yang tersangat cerah. Peluang yang sukar dicapai oleh ramai pelajar ‘cerdik’ yang lain.

“..Orang cerdik, tidak melihat pointer semata sebagai batu ukuran..malah dia lihat, apa peluang luar kuliah yang dapat ambil sebagai ukuran tambahan..”

.

.

Jarang jarang firma hanya melihat pada pointer untuk lulus temuduga!

Betul, 3 perkara ini, jika anda ambil serta di universiti, sungguh, ia tidaklah beri jaminan 100% untuk dapatkan pekerjaan. Tapi, anda boleh jamin diri anda sendiri bagaimana nak buat firma besar, memburu anda untuk bekerja di syarikatnya..

.

.

Bukan itu sahaja, kalau anda berbisnes pun, anda boleh survive dan berjaya! Bila anda ada 3 kepakaran diatas, yang hanya boleh dapatkan secara percuma di universiti, tapi tak ramai pelajar yang involve, anda boleh pergi jauh..

.

.

Abaikan kata kata kawan, Katanya buang masa, dan tenaga..

.

.

Tetapi, untuk yang tahu melihat peluang untuk 5 tahun kehadapan, pasti berebut-rebut untuk mengambil tempat dalam kemahiran ini!

.

.

Anda inginkan tips tips terkini melalui emel? Ingin dapatkan ebook percuma bagaimana untuk menulis resume yang pasti ‘menyengat’  untuk dapat kerja? Atau ingin belajar kemahiran teknikal seperti Photoshop & Illustrator? Atau berminat untuk belajar bagaimana design poster yang cantik lagi menarik untuk FInal year project universiti anda? Atau nak yakinkan penemuduga, dengan templete resume anda yang memukau?

Sebenarnya, Saya bagi banyak tips nak share dalam emel, antaranya bagaimana dengan resume boleh mengubah ‘first impression’ syarikat yang anda mohon. Terus call suruh datang interview, terus dapat kerja..

.

.

Tips ini dikongsi oleh sahabat saya, namanya naqibah..

Awalnya, beliau hanya saje-saje mohon 10 kerja, padahal masatu belum habis study pun lagi.. nak tau tak .. beliau mohon guna emel, dengan templet, dan design resume yang dia siapkan.. Dapat offer datang interview, dan beliau datang semua interview. Didapati lulus!

.

Semua tempat dapat offer. Lalu beliau pun, mati akal sebab ingatkan tak dapat semua.. rupanya semua dapat!! .. Maka beliau pun senyap beberapa hari. Terus semua tempat yg pernah datang interview tu call, dan marah, kenapa tolak offer ni?

.

Dengan selamba beliau saya tu cakap, “..saya minta maaf, sebab saya dah dapat offer kerja lain..”

Guna strategi templet emel, dan strategi resume beliau..

Terus dapat call datang interview.. terus dapat! Beliau cerita pada saya, Syukur sesangat.. mmg tak masuk akal!!

Teknik ini telah diuji dan berkesan!

.

Jangan isi nama, kalau anda bukan minat baca tips dan teknik ini..

Hanya untuk yang serius sahaja..

Boleh masukkan nama, emel, dan no telefon dibawah..

]]>
https://ubaidullahjaafar.com/10-ijazah-yang-paling-senang-dapat-kerja-di-malaysia/feed/ 0
Mohon 10 syarikat guna satu ‘Trick’ tulis resume ini, akhirnya semua call suruh datang temuduga! https://ubaidullahjaafar.com/mohon-10-syarikat-guna-satu-trick-tulis-resume-ini-akhirnya-semua-call-suruh-datang-temuduga/ https://ubaidullahjaafar.com/mohon-10-syarikat-guna-satu-trick-tulis-resume-ini-akhirnya-semua-call-suruh-datang-temuduga/#respond Wed, 21 Nov 2018 06:14:35 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1639
RAHSIA MENULIS RESUME
 
– Sekarang tengah trending resume berbentuk infografik. Ya, ia membantu, tetapi anda perlu ada kelainan juga pada resume anda.
 
– Gunakan gambar yang berpakaian formal
– Pengalaman yang bekaitan bidang dipohon disertakan
– Kemahiran teknikal, seperti Autocad, Photoshop, Illustrator, Solidwork adalah bonus!
 
– Kemahiran teknikal lain yang berkaitan dengan bidang adalah bonus!
 
– Kemahiran buat pemasaran online adalah bonus!
– Kemahiran mengurus projek adalah bonus!
– Tak perlu masukkan keputusan masa darjah 6, pernah masuk tilawah, pertandingan mewarna, sijil PMR, sijil tadika dan semua.
 
– Bonus bonus disiplin bekerja di syarikat sebelum seperti, kurang 3 hari MC dalam masa 3 tahun, Pernah dapat anugerah dari syarikat sebelum, pernah mengurus beberapa projek.
 
– Masukkan apa yang kita ‘expertise’ dan apa yang kita boleh buat untuk jawatan yang di pohon.
 
– Masukkan kata slogan yang berkaitan dengan bidang yang dipohon boleh bina resume anda lain dari yang lain.
 
– Biar ringkas tapi padat.
– Kemahiran bahasa inggeris penting.
]]>
https://ubaidullahjaafar.com/mohon-10-syarikat-guna-satu-trick-tulis-resume-ini-akhirnya-semua-call-suruh-datang-temuduga/feed/ 0
JANGAN BACA, KALAU DAH TAHU TIPS KRITIKAL DESIGN POSTER GUNA PHOTOSHOP https://ubaidullahjaafar.com/jangan-baca-kalau-dah-tahu-tips-kritikal-design-poster-guna-photoshop/ https://ubaidullahjaafar.com/jangan-baca-kalau-dah-tahu-tips-kritikal-design-poster-guna-photoshop/#respond Wed, 21 Nov 2018 06:06:24 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1633
Tips saya buat poster, beberapa perkara yang saya haramkan:
 
1. Background dan tulisan yang tak nampak kontra. Contoh, background dah la gelap, warna tulisan pun ikut gelap. Macam mana orang nak nampak tulisan kita dgn jelas?
 
Tips saya: Boleh tiada masalah, tapi kita kene letak efek stroke warna putih pada kelilih tulisan tu, agar tulisan tu nampak dengan jelas. Warna tulisan mesti berlawanan dengan background. Contohnya, background putih, tulisan warna biru gelap, atau hitam.
 
*refer tulisan singapore
 
2. Guna banyak jenis font dalam satu poster. Anda akan nampak tulisan yang banyak jenis paparannya tidak menarik. Kerana keseragaman tulisan tu dah tiada. Melainkan anda memang buat poster font artwork.
 
Tips saya: Guna satu tulisan kreatif jerr dah cukup. Katakan font kreatif saya guna, scriptina pro pada headline poster. Saya tak akan pakai lagi tulisan ini pada kandungan. Sebab kandungan perlu pakai tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Contih tulisan jelas dan mudah dibaca: century gothic.
 
*refer special trip (tulisan kreatif) to singapore (tulisan jelas)
 
3. Warna background tak matching dengan warna tulisan. Warna ni sangat mempengaruhi dalam design poster. Sebab kalau warna tak sepadan. Tulisan boleh tak nampak, (warna tenggelam). Mata nak tengok pun sakit. Hehehe
 
Tips saya: Kalau pening nak combine dua atau tiga warna. Guna 1 warna pun dah cukup. Contohnya, biru gelap (tulisan) match kan dengan biru cair (background), Merah cair matchkan dengan pink. Ataupun warna yang hampir sama contohnya Purple cair dengan merah gelap.
 
Kalau pening lagi.. Guna jer tulisan warna kelabu gelap boleh match dengan apa saje warna background yang cair dan warna lembut.
 
*refer to singapore dgn background
 
4. Guna warna background yang pekat. Merah pekat, biru pekat, kuning pekat, coklat pekat. Semuanya pekat. Bila pekat, background tu jadi gelap dengan warna. Mata nak baca tulisan pun tak nampak.
 
Tips saya: Secara asasnya nak buat poster ada dua tema background. Tema cerah atau gelap. Kalau background yang cerah. Sila gunakan warna yang lembut. Cuba search google, warna pastel tu macam mana. Warna yang lembut ni tak akan menutup tulisan kita sebab ianya cerah. Kalau tak reti nak cerahkan. Boleh kurangkan opacity warna pekat tadi sebanyak 10-30% tengok apa jadi.
 
*apa akan jadi jika tulisan to singapore tu sy tak letak efek stroke keliling tulisan tu warna putih?
 
5. Guna banyak sangat efek pada blending option. Ni selalunya pada tulisan. Bagi saya, makin banyak efek kita letak, tak menjamin tulisan tu makin menyerlah untuk dilihat.
 
Tips saya:
 
guna satu dia jerr dah cukup. Kalau pakai efek gradient, matching warna sangat penting. Basic warna hitam dan putih.
 
Kalau pakai efek outer glow, background mesti gelap, dan tulisan pun gelap baru la nampak.
 
Kalau nak nampak sedikit efek shadow, guna background cerah, tulisan gelap.
 
Kalau nak warna tulisan sama dengan background, tapi nak nampak kontrast warna tu, sila pakai efek stroke warna putih.
 
Kalau efek bevel & emboss, kalau tak reti jangan buat. Sebab saya pun jarang guna. Ni untuk nampak tulisan tu agak timbul sedikit.
 
*Refer RM110 tu, saya guna efek stroke, dan shadow sikit.
 
P/s: tips ni paling asas, berdasarkan pengalaman saya dulu. tapi sangat penting kalau nak buat poster menarik. Tak pandai buat uang advance takpe, tapi kuasai yang asas ni dulu. Buat yang ‘simple but nice looking’
 
 

 
Tak silap saya, poster ni saya ada bagi dalam DVD ..Amacam poster ni tersangat simple.. tapi cantik kan?
Boleh bagi nama panggilan, no tel, dan emel kat bawah.. Nanti kalau ada tips lagi.. saya emel anda tau… Jadi lagi senang lepas ni klik klik jerr… Jgn lupa share =) P/s: pastikan emel anda aktif. Sebab lepas ni dapat tips akan datang melalui emel =)

]]>
https://ubaidullahjaafar.com/jangan-baca-kalau-dah-tahu-tips-kritikal-design-poster-guna-photoshop/feed/ 0
Design terbaru… saya ajar kawan saya tempat sy praktikal.. Alhamdulillah cantik jugak.. https://ubaidullahjaafar.com/design-terbaru-saya-ajar-kawan-saya-tempat-sy-praktikal-alhamdulillah-cantik-jugak/ https://ubaidullahjaafar.com/design-terbaru-saya-ajar-kawan-saya-tempat-sy-praktikal-alhamdulillah-cantik-jugak/#respond Wed, 21 Nov 2018 06:02:04 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1631 Ni kawan praktikal saya yang design.. Dia zero photoshop.. Baru first time guna.. Tapi setelah di ajar kaw kaw dari saya, akhirnya, manager kat tempat saya praktikal tu puji.. Design ni mmg cantik..

Padahal, contentnya hanya drag n drop jerr.. Pakai photoshop dan Ai.. Sangat senang tau..

Okay.. tak nak bebel lama lama.. saya nak share terus..

.

.

Nak tahu tips?

1. Text guna efek stroke putih n kelabu.. Text yang tulis “eBSAFE”..

2. Corak polygonal tu donlod jerr kat freepik.com

3. Background pakai gradient white. Cuba search kat google.. Gradient white background..

4. Light efek kat tulisan How to yang acah nampak silau.. padahal edit jerr tu.. tapi cantik kan?  tu pakai brush jerr kat photoshop.. Set Brush hardness 0. Set radius besar utk warna yg tak bape cerah dan set radius sederhana utk warna lebih cerah.. dan radius paling kecil utk radius putih.. letak hardness 80%.. ia nampak cam cahaya silau..

5. Corak bawah sekali tu, outline bangunan malaysia.. trace balik guna Adobe AI.. Set warna hijau.. Cari kat google, outline Malaysia Building vector.. Atau donlod jer gambar tu.. Trace guna teknik ‘image tracing’ guna Adobe AI.

6. Gambar background petronas plant tu dikurangkan kurangkan opacity. Agar poster kita ada tema.. nak story pasal apa.. Yang ni poster yang bawah ni..

7. Konsep infografik iaitu, info bersimbol.. guna icon yg berkaitan.. search kat google.. seminar icon, booth icon, lucky draw icon.. boleh donload image.. dan set multiply utk remove background putih.

Pertandingan hasil diteruskan lagi tau.. dan next sy bg link premium ‘photo manipulation’ seperti yang dijanjikan..

Anda nak tips lagi?

Amacam poster ni tersangat simple.. tapi cantik kan?

Boleh bagi nama panggilan, no tel, dan emel kat bawah..

Nanti kalau ada tips lagi.. saya emel anda tau… Jadi lagi senang lepas ni klik klik jerr… Jgn lupa share =)

P/s: pastikan emel anda aktif. Sebab lepas ni dapat tips akan datang melalui emel =)

]]>
https://ubaidullahjaafar.com/design-terbaru-saya-ajar-kawan-saya-tempat-sy-praktikal-alhamdulillah-cantik-jugak/feed/ 0
10 Tips Edit Video yang mampu Memukau Penonton https://ubaidullahjaafar.com/10-tips-edit-video-yang-mampu-memukau-penonton/ https://ubaidullahjaafar.com/10-tips-edit-video-yang-mampu-memukau-penonton/#respond Wed, 21 Nov 2018 05:46:45 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1627

1. RULE 3 SAAT – Setiap cantuman video, terutamanya video montaj, video promosi produk, video korporat yang tiada tulisan. Jangan lebih 3 saat. Sebab? Dari scene 1 nak ke scene 2 dan seterusnya.. Jika lebih 3 saat orang akan rasa video tu lama. Tak percaya? Lihat video iklan TV, Dahla 30 saat jer durasi video. setiap transisi video mesti cepat sangat.
2. RULE 3 MINIT – Total durasi untuk full video orang lihat dari awal sampai habis. Mesti tak lebih 3 minit. Jangan buat video montaj, video iklan terutamanya lebih 3 minit. Kompem orang akan lihat video kita separuh jalan jerr
3. INTRO TECHNIQUE – Nak video gempak, mesti ada intro. Intro Text pun jadi lah. Orang lihat intro dah gempak. Gerenti mereka akan tunggu video sampai habis.
4. FAST MOTION – Ada sesetengah video anda perlu nampak cepat. Sebagai contoh, video yang tidak fokus pada sesuatu subjek. Orang ramai berjalan masuk dewan. Waktu ni jika kita cepatkan, akan nampak ramai orang bergerak dengan fast-motion membuatkan video kita lebih menarik!
5. SLOW MOTION – Biasanya video ni ada makna. Orang kahwin selalunya moment dengan suap menyuap, berjalan naik pelamin, atau bersalaman. Part ini bagus buat Slow Motion? Sebab kita nak bagi kesan pada penonton video kita dengan lebih lama.. Tips? Video yang berkaitan emosi, kalau boleh kita buat Slow Motion.
6. BLENDING EFFECT – Korang perasan tak kalau video yang ada efek objek halus bergerak-gerak, cahaya matahari, kesan cahaya cerah dlm masa yg cepat. dalam bahasa inggerisnya: Light flare, Film Burn, atau Particle dust? Mohon study lebih bab ni, ini buatkan video korang ada tarikan tau!
7. MOVING IMAGE – Video montaj bergambar terutamanya! Setiap transisi gambar A bertukar ke gambar B. Katakan setiap gambar tu durasinya 3 saat. Dah gambar, sifatnya pegun. Tiada gerakan ataupun animasi. Jadi MOVING TECHNIQUE ni sangat penting. Agar gambar bergerak samada zoom in, zoom out, panning right, left, up, ataupun down. Haa. Pilih salah satu ya. Biasa saya gunakan Zoom Effect jerr dah cukup!
8. SYNC MUSIC – Ni mostly orang yang tonton video saya puji lain macemm.. hehehe. Katanya, gempak hasil video. hehehe. Ini tips Power untuk korang ni tau.. Apa tips nya? Kalau buat video montaj, saya suka gunakan music yang ada intense. Yang ada gendang gendang epic tu.. Search music ‘Intense Background Music’. Dan paling best setiap gendang tu, kita boleh synchronized kan video anda tu ikut rentak tersebt. Ada efek lip-lap-lip-lap masa gendangan, ada efek video bertukar tukar ikut gendangan. Fuhhhh powerrr.
9. THIRD PARTY RECOMMENDATIONS – Ni khas untuk video montaj ke, Iklan ke, korporat ke.. Takkan nak tunjuk video semata kan? Part hujung sekali, masukkan video rekomendasi dari orang lain. Apa komen mereka tentang program anda, interview mak ayah penganting, interview testimoni pelanggan. This very attractive video bila ada orang bercakap tentang apa mesej yang kita sampaikan melalui video.
10. PLATFORM APPS/SOFTWARE – Nak edit hasilkan yang sebutkan diatas ni. Tak semua dapat apply kalau hanya guna Apps. Mesti kena pkai software yang betul dan edit menggunakan laptop/desktop. Antara software yang saya rekemen adalah: Vegas Pro, Adobe Premiere Pro, Sony Movie Studio.
Cukup sampai sini.. nanti saya share lagi ya..
]]>
https://ubaidullahjaafar.com/10-tips-edit-video-yang-mampu-memukau-penonton/feed/ 0
5 Apps membantu untuk hasilkan video dengan Cepat kurang 5 minit! https://ubaidullahjaafar.com/5-apps-membantu-untuk-hasilkan-video-dengan-cepat-kurang-5-minit/ https://ubaidullahjaafar.com/5-apps-membantu-untuk-hasilkan-video-dengan-cepat-kurang-5-minit/#respond Wed, 21 Nov 2018 05:44:01 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1620

1. DJI Go

Mobirise

Apps ini juga boleh kawal Drone! Kalau anda beli drone tak kisah lah mavic pro ke, phantom 3 ke phantom 4 ke asalkan jenama DJI, anda kawal drone guna smartphone daripada apps ni lah. Jadi selepas anda rakam menggunakan ‘drone’, terus boleh edit video dengan pilih ‘theme’ yang di idamkan, dan lagu yang menarik dan rancak. Anda hanya pilih sahaja nak lagu mana, video serta gambar. Transition video pun mengikut rentak lagu.

“..Cuma kelemahannya, bila kita dah produce video guna DJI Go ni, lagu yang dihasilkan itu agak pecah dan kurang jelas. Ini membuatkan mood anda ‘spoil’. Video dah menarik, lagu pulak pecah!..”

 

2. iMovie 

Apps untuk Pengguna Iphone6s keatas! Berita baik untuk pengguna Iphone 6s dan ke atas. Apple melancarkan iMovie khas untuk yang nak edit video menggunakan ‘smartphone’. So far, saya berpuashati & seronok edit video menggunakan apps ini. Sebab nak edit video, cut video, tukar transition effect semua di hujung jari.

Mobirise
“..Tetapi, kelemahannya, apps ini hanya ada di Iphone jerr.. Kalau nak edit jugak, sila baca tips yang ke tiga ni..”

3. Quik

Mobirise

Quik Apps untuk Video Kamera Go Pro! Dengar apps ni macam tak popular kan? Tahu tak, ia apps paling digemari oleh pemilik Go Pro tau!

Sebab apps ni lah yang saya nak review A+++ sebab ada banyak ‘theme’ yang kita boleh pilih, effect yang lain dari yang lain (ini kalau buat kat desktop kena pakai After Effect) , dan video pula ‘auto-cut’ ikut rentak music masing masing.

“..Video yang dihasilkan pula siap dengan Intro > Transition Effect > Outro. Dan semua ni gempak gempak tau! Video ni pun boleh pilih samada nak pilih landscape atau potrait dengan hasil HD..”

 

4. Microsoft Powerpoint

Template Video guna Microsoft Powerpoint jerr ! Kalau betul betul nak cepat, nak buat video animation contoh nya yang lebih lain dari yang lain. Sebenarnya kita boleh manfaatkan software microsoft office powerpoint. serius! korang tak tahu ada banyak animation dalam powerpoint yang boleh edit dgn mudah! kemudian boleh save as video .mp4.

Mobirise
“..Cuma kelemahan dia, kita nak buat sendiri A-Z agak susah. Jadi gunakan je template beli. Edit godek godek sikit jadi!..”

5. Template PREMIUMPACK

Mobirise

Gunakan Template Video Effect! Gunakan template! Yeah ini yang saya gunakan zaman berzaman kalau nak siapkan video saya dengan cepat.

“..Hanya replace, tukar gambar, tukar text. Dan saya duplicate jer slide powerpoint tu replace gambar lain pulak. Dah jadi hasilnya!..”

]]>
https://ubaidullahjaafar.com/5-apps-membantu-untuk-hasilkan-video-dengan-cepat-kurang-5-minit/feed/ 0
5 Panduan Edit Video Dengan Mudah https://ubaidullahjaafar.com/5-panduan-edit-video-dengan-mudah/ https://ubaidullahjaafar.com/5-panduan-edit-video-dengan-mudah/#respond Wed, 21 Nov 2018 04:45:09 +0000 https://ubaidullahjaafar.com/?p=1611
  • Gunakan Aplikasi dalam smartphone – Maksudnya kita yang baru nak terjebak dalam video ni boleh edit terus gunakan smartphone. Dengan interface yang membantu. Maka mudahlah nak sunting video tu. Contoh apps yang membantu: Quik, Imovie, dll. Quik boleh install gunakan android, manakala imovie boleh install gunakan iphone. Cuma template yang ada tu tak boleh buat custom. Kita just guna jerr.
  • Cari Perisian Video yang ‘newbie-friendly’ – Jika anda dah mula serius sebab ada tugasan yang perlu edit video. Contohnya, AJK Multimedia, Unit Tugas Khas, Mahupun Videographer. Tetapi anda masih belum cukup pengalaman. Kalini saya sarankan agar tak boleh pakai Smartphone dah. Proper lah sikit. Edit guna perisian laptop tau. Sebab? Kerana Video akan mudah dihasilkan, dan lebih cepat disiapkan dan editing professional yang tak dapat menggunakan smartphone.
  • Jangan Guna Perisian Cyberlink PowerDirector – Antara Software yang saya pernah guna masa saya baru lagi dlm dunia video adalah cyberlink Power director. Memang betul ia bantu saya nak hasilkan video projek assignment masa kat universiti. Efek dalam tu pun disediakan. Cuma kelemahan software yang paling saya ‘tak-suka’ adalah proses render punyalah lama, dan video yang siap tu dia punya saiz mak aii besar sampai lebih 5GB saiznya. Padahal guna Vegas Pro baru 50Mb. Bayangkan berapa lama nak upload kalau video saiz 5Gb? Quota Data Internet pun habis tau!
  • Premier Pro vs Final Cut Pro – Nama pun Software, pastinya kita ada banyak pilihan betul kan? Ada juga tertanya tanya kenapa tak pakai terus Premier Pro jerr? Kenapa ada orang pakai Final Cut Pro? Jawapan saya, kalau anda pakai windows OS, dan suka dengan interface baru yang banyak fungsi dan nak pergi jauh boleh pakai Adobe Premier Pro. Sebab boleh install samada kat windows mahupun Mac. Cumanya Final Cut Pro hanya boleh install di laptop/dekstop Mac OS shj. Fungsi? Sama jerr. Idea dan kreativiti tu yang mahal.
  • Vegas Pro antara Pilihan yang terbaik – Kemudian, saya tukar gunakan vegas Pro. Mula mula pening jugak nak gunakan. sebab interface kurang membantu. Software ni dah kita semi-pro dah. Sebab macam macam features ada dalam tu. Dan paling bagus, kita boleh render video ikut setting youtube. Dan untuk HD tu kalau 2-3 minit video tak sampai pun 100mb. best! Kebanyakkan video yang saya hasilkan gunakan Vegas Pro.
  • ]]>
    https://ubaidullahjaafar.com/5-panduan-edit-video-dengan-mudah/feed/ 0