Emosi semasa membuat Grafik Design 2

Emosi semasa membuat Grafik Design

Assalamualaikum pada semua sahabat yang sentiasa ceria, positif dan aktif. Lama tak berkongsi tips dan tutorial untuk anda semua. Terima kasih kepada yang support kami selama ini. Banyak kunjungan walaupun baru buat, dan banyak lagi kekurangan yang perlu kami perbaiki.

Sebelum masuk kepada tips, saya suka untuk ceritakan proses belajar yang saya lalu dalam hasilkan design grafik samada dari pelbagai sudut kategori grafik itu sendiri.   

 Dan saya sedari, antara kekurangan yang mungkin ada dalam hasil kerja saya sebelum ini (design banner atau ads), yang terlalu statik dan berbentuk informasi. Memang akan ada ketika, kita memerlukan design yang berbentuk informasi dan statik, tapi untuk tujuan promosi dan tingkatkan Branding produk, kita memerlukan satu lagi seni tambahan iaitu bermain dengan emosi orang awam.

1. Ketahui Perasaan yang Perlu Diterjemahkan:

Emosi semasa membuat Grafik Design 3

 Ada pelbagai perasaan dan emosi yang cuba disampaikan dalam setiap iklan, bergantung kepada mesej iklan tersebut. Ada iklan untuk orang merasai kemarahan (Kempen Cegah Dadah/ Eksploitasi manusia dll), ada iklan untuk orang merasai kegembiraan (Produk Kesihatan, Pelancongan dll), ada iklan untuk merasai kesedihan (Kutipan Derma dll), dan ada juga iklan untuk orang merasai keajaiban (Janji2 dari produk, Jaminan dll).
Fahami konsep ini, maka kita boleh pergi kepada point seterusnya.

2. Elemen Suasana Menepati Emosi.

Ringkasnya, termasuklah darisegi persekitaran emosi yang hendak kita paparkan dalam design. Emosi yang berbentuk ceria, pasti lebih kuat dari segi harmoni dan cerah dalam design. Emosi yang berbentuk serius, selalunya dipersembahkan dengan persekitaran yang gelap dan sensasi.

3.Mesej Kreatif Tetapi Sampai.

Emosi semasa membuat Grafik Design 4

 Ada banyak cara untuk kita tampilkan mesej dalam design. Akan tetapi, elakkan design yang terlalu rumit sehingga mesej sebenar tidak dapat diterima oleh orang lain. Lagi parah, mesej yang diterima oleh orang lain jauh terpesong dari mesej asal iklan. Bantuan komen dari orang lain pada peringkat awal, mungkin dapat membantu, sebelum design tersebut, betul2 disebarkan.
Insyaallah, mungkin setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Apa-apa pun, kita akan mengalami proses untuk improve kualiti design yang lebih berkualiti kepada Client, untuk sampaikan mesej mereka kepada orang lain.


Boleh Share post ini jika anda rasa bermanfaat untuk orang lain.
*Yang berpengalaman mohon cadangan penambahbaikan untuk artwork saya ni.
*Sama2 belajar dan improve

Leave a Reply