Table of Contents
Cara buat Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 tak sampai 5 minit!
Masih tak terlambat lagi nak buat kad ucapan selamat hari raya pagi ni. Dengan ada nya kad ucapan Selamat Hari Raya ni anda boleh kongsikan di Facebook, Instagram, mahupun di Whatsapp. Malah, nak buat kad ucapan ni bukan masa hari raya jer, masa bukan hari raya pun boleh. Nanti, kad ucapan ni boleh sebar sebarkan pada teman teman & keluarga anda!
STEP 1: Sebelum buat kad ucapan Selamat Hari Raya ni, Anda kena remove/crop background gambar anda dahulu
Sebaiknya gunakan gambar yang senang nak remove background dengan anda ambil gambar di tepi dinding. Nanti platform remove.bg senang nak crip kelilih gambar anda dengan lebih smooth. Elakkan guna gambar yang bercantum dengan orang lain yang ramai. Sebab nak crop agak susah. Cara mudah, ambil jer gambar di tepi dinding mcm gambar kat atas ni.
STEP 2: Anda boleh remove background gambar untuk digunakan dalam kad ucapan Selamat Hari Raya guna platform remove.bg
Upload gambar tadi di https://remove.bg/ dan gambar anda terus di crop tanpa background. Jika ada yang tersalah crop tu anda boleh edit guna platform ni.
STEP 3: Lepas dah remove, sila download gambar anda ke dalam smartphone anda.
Ni hasilnya lepas anda remove background guna platform remove.bg. Senang kan? Klik klik jadi. Kalau guna photoshop ambil masa 10-15 minit jugak nak remove ni. Hehehe. Lepas tu jangan lupa download gambar ni dalam phone anda.
STEP 4: Dapatkan background Kad Ucapan Selamat Hari Raya di Freepik.com dengan Percuma
Seterusnya, anda pergi ke laman freepik.com dimana anda boleh download gambar secara percuma. Cari guna keyword ‘eid background’ atau background raya.
STEP 5: Klik gambar untuk download gambar kad ucapan Selamat Hari Raya sebelum di edit
So lepas pilih gambar, anda akan jumpa gambar yang mcm ni. Anda boleh klik gambar diatas dan download. Jangan klik butang download sebab dia bagi raw file dalam bentuk .Ai dimana hanya boleh dibuka guna software adobe Illustrator. Anda just download gambar terus dgn klik gambar jer. Senang je kan.
STEP 6: Gunakan Aplikasi PIXLR untuk edit Kad Ucapan Selamat Hari Raya dengan mudah
Download apps pixlr. Software ni ada dalam playstore mahupun appstore. Software ni antara software yang senang nak guna dan percuma.
STEP 7: Klik Photo untuk edit poster Kad Ucapan Selamat Hari Raya
Klik photo sebab kita nak edit dari gambar sedia ada. Guna background dari Freepik dan gamabar kita yang dah siap buang background nya tadi. Untuk permulaan. Pilih gambar bacground yang anda dah download dari Freepik tadi ya..
STEP 8: Klik Crop untuk crop gambar background Selamat Hari Raya
Anda boleh crop gambar background tadi. Dengan klik sini.
STEP 9: Pilih nisbah gambar 16:9 untuk kad ucapan Selamat Hari Raya jenis horizontal
Pilih nisbah 16:9 kalau anda nak pilih gambar yang jenis horizontal. Lepas tu tekan right seperti dalam bulatan biru
STEP 10: Pilih Double Exposure untuk import image yang kita dah remove background guna platform remove.bg tadi
Klik icon gambar beg tu, dan anda pilih kat double exposure seperti bulatan merah untuk import gambar anda yang dah remove backround tadi.
STEP 11: Cara besarkan gambar kita ikut kesesuaian.
kat sini anda boleh besarkan dan kecilkan sperti bulatan merah. Jangan lupa tekan right seperti bulatan kuning.
STEP 12: Drag untuk susun gambar tadi, pilih bahagian tepi ikut kesesuaian kad ucapan Selamat Hari Raya
Lepastu gambar anda boleh drag untuk susun letak kat kiri seperti. Dan tekan right seperti bulatan kuning.
STEP 13: Pilih icon text untuk tambah ucapan Selamat Hari Raya
Klik icon text seperti bulatan merah untuk anda edit text. Nak tambah text nama anda ke apa ke.
STEP 14: Pilih jenis tulisan yang sesuai
Boleh la letak apa apa ucapan ke, kat sini boleh pilih tulisan jenis apa dan lepastu klik butang right.
STEP 15: Dah siap kad ucapan Selamat Hari Raya sila klik Done
Tadaa da siap. Kaini anda nak save pulak. Klik butang done kat atas belah kanan sekali.
STEP 16: Klik Save image. Dah boleh upload gambar Kad Ucapan Selamat Hari Raya pada teman & keluarga Anda!
Klik save image. Dan dah boleh upload kat Facebook dan Instagram anda.
Berminat Nak Download 6 Template Canva Raya FREE?
Kat bawah ni saya dah siapkan FREE 6 Template Edit Poster Raya boleh edit semula dengan gunakan Canva jerr
KLIK DISINI Dapatkan 6 Template Canva Raya KLIK DISINI
KLIK DISINI Dapatkan 6 Template Canva Raya KLIK DISINI