Showing shopping on a video

Aplikasi Edit Video ini bantu hasilkan video dengan cepat kurang 5 minit!

Saya kongsi apps ini, yang saya install di smartphone & PC dan saya masih gunakan sampai sekarang..

Aplikasi Edit Video bantu hasilkan video sepantas 5 minit!

1. Aplikasi Edit Video guna DJI Go

Aplikasi Edit Video ini bantu hasilkan video dengan cepat kurang 5 minit! 1

Applikasi Edit video ini juga boleh kawal Drone! Kalau anda beli drone tak kisah lah mavic pro ke, phantom 3 ke phantom 4 ke asalkan jenama DJI, anda kawal drone guna smartphone daripada apps ni lah. Jadi selepas anda rakam menggunakan ‘drone’, terus boleh edit video dengan pilih ‘theme’ yang di idamkan, dan lagu yang menarik dan rancak. Anda hanya pilih sahaja nak lagu mana, video serta gambar. Transition video pun mengikut rentak lagu.

Berdasarkan pengalaman saya, bila kita edit video guna aplikasi DJI go ni, lagu yang dihasilkan itu agak kurang kualiti dan kurang jelas. Ini membuatkan mood anda nak edit video akan datang jadi ‘spoil’. Video dah menarik, lagu pulak pecah!

2. Aplikasi Edit Video gunakan iMovie 

Applikasi Edit Video ini untuk Pengguna Iphone6s keatas! Berita baik untuk pengguna Iphone 6s dan ke atas. Apple melancarkan iMovie khas untuk yang nak edit video menggunakan ‘smartphone’. So far, saya berpuashati & seronok edit video menggunakan apps ini. Sebab nak edit video, cut video, tukar transition effect semua di hujung jari.

Edit Video guna Imovie

“..Tetapi, kelemahannya, apps ini hanya ada di Iphone jerr.. Kalau nak edit jugak, sila baca tips yang ke tiga ni..”    

3. Aplikasi Edit Video guna Quik

Edit video using quik

Quik Apps ni adalah aplikasi edit video untuk Kamera Go Pro! Dengar apps ni macam tak popular kan? Tahu tak, ia apps paling digemari oleh pemilik Go Pro tau! Kita tak ada go pro pun boleh guna aplikasi edit video ni percuma jer.

Sebab apps ni lah yang saya nak review A+++ sebab ada banyak ‘theme’ yang kita boleh pilih, effect yang lain dari yang lain (ini kalau buat kat desktop kena pakai After Effect) , dan video pula ‘auto-cut’ ikut rentak music masing masing.

“..Video yang dihasilkan pula siap dengan Intro > Transition Effect > Outro. Dan semua ni gempak gempak tau! Video ni pun boleh pilih samada nak pilih landscape atau potrait dengan hasil HD..”

4. Edit Video guna Microsoft Powerpoint

Template Video guna Microsoft Powerpoint jerr ! Kalau betul betul nak cepat, nak buat video animation contoh nya yang lebih lain dari yang lain. Sebenarnya kita boleh manfaatkan software microsoft office powerpoint. serius! korang tak tahu ada banyak animation dalam powerpoint yang boleh edit dgn mudah! kemudian boleh save as video .mp4.

Powerpoint

  “..Cuma kelemahan dia, kita nak buat sendiri A-Z agak susah. Jadi gunakan je template beli. Edit godek godek sikit jadi!..”  

5. Edit Video Template Powerpoint PREMIUMPACK

Template Premium Pack

Edit Video gunakan Template Video Effect! Gunakan template! Yeah ini yang saya gunakan zaman berzaman kalau nak siapkan video saya dengan cepat.

“..Hanya replace, tukar gambar, tukar text. Dan saya duplicate jer slide powerpoint tu replace gambar lain pulak. Dah jadi hasilnya!..”

6. Sony Vegas Pro

Edit video guna vegas pro ni paling bagus untuk mereka yang nak ke arah professional video editor. Sebab banyak feature dalam ni yang tak ada di semua aplikasi yang telah disebutkan diatas. Software edit video ni bagus untuk semi-pro dan pro. Jika anda serius nak jadikan video anda hasil professional. Anda boleh pelajari editing guna vegas pro ni. Harga software ni antara termurah nak dibandingkan dengan Adobe Premier Pro.

Edit Video Vegas Pro

Dah bertahun saya edit video guna vegas pro. Dan hasilnya anda boleh lihat disini: Panduan Vegas Pro

7. Edit Video guna Filmora Pro

Sebenarnya edit video guna Filmora ni untuk yang nak edit video gaya semi-professional, tapi tak berapa pandai nak guna software Vegas Pro & Premiere Pro. Jadi Edit Video guna Filmora ni sesuai lah sebab interface (antaramuka) adalah user-friendly. Yang tak biasa guna vegas pro, atau baru pertama kali nak edit video gaya professional tu, kalau hadap Filmora pro ni biasanya dapat la faham sikit macam mana nak guna.

Edit Video Filmora Pro

Cuma, filmora ni macam biasa lah, semua benda kena bayar. Ada banyak template dalam software ni, cuma kena beli la satu persatu. Jadi banyak pakai kos jugak nak guna filmora ni. Software nye pun berbayar juga. Keras jugak lah harganya. hehehe

8. Adobe Premier Pro

Edit Video guna Adobe Premier Pro ni, antara software paling professional dimana company multimedia besar-besar pun guna software ni. Sebab semua benda boleh buat. Ciri ciri yang advance pun boleh buat. Siapa pandai edit video guna Premier Pro ni untuk video perkahwinan, boleh cas hingga RM2-3K untuk satu job tau. Agak mahal, siapa ada kepakaran edit video ni.

Edit video Adobe Premier Pro

Cuma macam biasa lah, nak guna software professional ni, harga dia pun professional lah. Kena langgan bayar bulan bulan. Tak silap saya dalam RM80 sebulan. Tu pun, kalau kita student atau teacher. Boleh claim harga RM80 sebulan untuk full software adobe. Kalau kita biasa-biasa tak entittled student atau teacher, memang harga ratus jugak lah. hehehe

Okay lah tu, RM80 sebulan, dapat job RM2-3K sebulan. Banyak tu ROI.

9. Final Cut Pro

Jika anda apple user, anda boleh gunakan software edit video final cut. Antara software professional jugak lah. Nak edit guna apple ni lagi puashati sebab katanya, warna screen komputer apple ni sebiji sama dengan apa yang kita rakam guna kamera. So warna masa nak setting colour grading edit video tu mudah dan tak lari warnanya. Tu je reason terbesar, ramai prefer guna komputer apple untuk edit video. Bagi saya software nya sama jer. Tak jauh beza dengan software yang lain.

Edit video Final Cut Pro

Okay tu saja perkongsian power ni. So far, saya dah ada pengalaman dan kuasai skill edit video guna quik, imovie, filmora, premier pro, dan vegas pro. Berdasarkan komen saya untuk yang newbie nak ceburkan diri dalam editing video dan nak pergi jauh. Boleh explore lebih edit video guna Vegas Pro.

Nak Belajar? Panduan Vegas Pro

Leave a Reply