Ramai keliru apakah perbezaan antara kedua dua ini, dan mengapa ramai sangat pakar pemasaran mengatakan landing page sangat penting untuk kejayaan pemasaran anda.
Website
Sering disingkatkan dengan istilah site adalah sejumlah halaman web yang memiliki topik saling berkait, terkadang disertai pula dengan gambar, video, atau jenis-jenis isi lainnya.
Dengan kata lain Website adalah sebuah cara untuk menampilkan diri di Internet. Dapat diibaratkan Website atau Laman Web adalah sebuah tempat di Internet, siapa saja di dunia ini dapat mengunjunginya, apabila mereka mengetahui tentang informasi yang disajikan, memberikan pertanyaan, bahkan mengetahui dan membeli produk.
Sir Timothy John “Tim” Berners-Lee merupakan orang yang awal menemukan website, sedangkan website yang bersambung dengan jaringan pertamakali muncul pada tahun 1991. Ya, jika anda masih ingat. Maksud dari “Tim” ketika merancang situs web adalah untuk memudahkan tukar menukar dan memperbarui informasi pada sesama peneliti di tempat beliau bekerja. Itu penggunaan pada asalnya.
Halaman website dibuat dengan pelbagai script atau coding yang berbeza menyebabkan tidak semua orang tahu dan memahami cara untuk menulisnya kerana memerlukan ilmu yang mendalam. Namun wujud pelbagai platform hari ini untuk menyiapkan website seperti blogspot dan lain-lain tetapi tidak dapat memenuhi citarasa sebenar seseorang kerana tidak sepenuhnya dibuat atau berdiri di atas coding sendiri.
Minisite
Minisite adalah salah satu jenis atau konsep laman web yang terdapat di internet.
Minisite atau boleh juga dipanggil sebagai laman web mini yang ringkas, dan kebiasaannya digunakan sebagai web jualan.
Tujuan utama minisite ini digunakan adalah untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.
Selain daripada tujuan menjual, minisite juga digunakan untuk menyalurkan sesuatu maklumat dan mengumpul prospek dengan menawarkan khidmat melanggan maklumat, info atau tips niche tertentu melalui email.
Untuk tujuan ini, biasanya pemilik minisite akan menyediakan borang langganan untuk pengunjung mendaftar nama & alamat emel mereka dan page/laman berkenaan biasanya dikenali sebagai “landing page” atau “squeeze page”.
Dipendekkan cerita, Minisite ini boleh digunakan untuk:
- Menjual atau menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.
- Mengumpul data/prospek melalui khidmat langganan emel.
Ia tidak mempunyai kaitan dengan website anda, seperti navigasi global. Pada dasarnya ia terapung bersendirian, hanya boleh diakses dari pautan yang anda berikan dalam kandungan pemasaran anda.