Ramai yang sekarang ni tak tahu kalau tak habis SPM nak kerja apa yang gaji besar. Nak kerja gaji besar tanpa SPM boleh ke? Sebenarnya boleh jer nak dapat gaji besar walaupun anda tiada SPM. Berdasarkan pengalaman saya, ramai je sekarang ni dah berjaya dapat gaji RM5000 – RM20,000 walaupun background tiada SPM.
Selalunya orang lihat, orang tiada SPM ni orang yang tak berjaya, orang bawahan, nak cari gaji susah. Ramai ibu bapa malu jika anaknya tiada SPM. Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali. Jika anda bijak gunakan peluang pastinya anda dapat kerja gaji besar walaupun tanpa SPM. Berikut adalah senarai kerja gaji besar yang tidak memerlukan sijil SPM.
Table of Contents
Wakil jualan kereta Honda
Nak jadi wakil jualan kereta sebenarnya tak perlukan SPM. Gaji anda boleh dapat Unlimited ikut berapa unit jualan yang anda dapat hit. Kenapa kereta Honda? Kerana kereta Honda antara yang boleh dapat pelanggan dengan mudah. Lagi lagi yang bekerja kerajaan, yang ada pendapatan atas RM3000-RM8000 selalunya mereka akan memilih untuk pakai kereta honda sebab selesa, tahan lama, jimat minyak, dan sederhana mewah. Inilah potensi anda nak dapat kerja gaji besar tanpa SPM.
Dengan jadi wakil jualan kereta honda ini bukan hanya anda dapat komisyen yang besar, malah anda diberikan latihan bagaimana nak layan pelanggan seterusnya mereka senang berurusan dengan anda. Banyak lagi insentif yang company wakil jualan kereta sediakan.
Saya suggest untuk anda jadi wakil jualan kereta yang separa mewah seperti Honda, Toyota, BMW, dll. Kerana kereta ini harganya berharga RM100,000 keatas. Bayangkan anda dapat 1 kereta dalam RM2000. Bayangkan sebulan anda dapat jual 4 kereta, anda dah senang senang komisyen RM8000 sebulan!
Hanya melayan pelanggan dan lakukan offline dan pemasaran online. Pastinya bertubi tubi anda dikenali sebagai wakil jualan dan whatsapp masuk bertubi tubi. Ni saya tahu sebab kawan saya sekarang berjaya buka kedai petshop sendiri, selepas beberapa tahun kumpul komisyen dari jadi wakil jualan kereta Proton.
Agen Property antara kerja gaji besar tanpa SPM
Ramai yang tak percaya, sebenarnya nak dapat gaji besar yang unlimited dengan jadi agent property. Sebab apa? Komisyen antara 2% – 6% anda boleh dapat. Kalau dapat jual tanah lagi besar anda boleh dapat. Apatah lagi kalau anda libatkan diri dalam sub-sales iaitu anda jualkan rumah orang lain. Secara asasnya nak jual rumah ini ada 2 jenis iaitu:
- Projek – Projek perumahan/kedai yang belum buat, sedang dibina.
- Sub-Sales – Anda tolong owner rumah untuk jual rumah ke pemilik baru. Anda jadi orang yang menguruskan.
- Sub-Let – Anda tolong sewakan rumah owner kepada pelanggan anda.
Okay saya jelaskan detail sedikit. Untuk projek, biasa komisyen rendah sedikit. Dalam 1% – 3% sebab developer yang bagi hak kepada property agency untuk uruskan bab jualan. Kalau rumah RM200,000 anda boleh dapat dalam RM2000 – RM6000 untuk satu unit jualan.
Selalunya, pelanggan yang nak beli rumah ni, mereka kena buat lawatan ke rumah contoh, sebab rumah asal sedang dibina. Komisyen pun masuk lambat. Tapi komisyen masih masyuk juga. Malah anda akan dapat latihan percuma tiap minggu dari Property Agency, dimana anda diajar cara nak jual dengan mudah, macam pisang goreng panas. Setakan dapat 20K – 40K sebulan tu selambe je saya ada lihat agent yang buat sales. Masa tu saya join Property Agent dari Chester Property di Melaka. Memang superb training mereka ajar untuk buat sales dengan mudah.
Sub-sales – Ini anda kena cari kedai kosong, rumah kosong, yang nak jual. Anda uruskan, dan carikan pelanggan. Cara ni boleh dapat komisyen lebih tinggi, sebab kita direct pada owner, bukan developer lagi. Nak dapat pelanggan mudah? dan Owner? Anda kena buat strategi offline dimana anda promote mencari owner yang nak jual rumah. Kalau nak dapat pelanggan pula, rumah tu kalau dah deal, anda boleh pasang bunting di pagar rumah. Komisyen besar gila kalau anda dapat sub sales tanah, ataupun kilang. Bayangkan kalau anda dapat jual harganya RM1 juta. Anda dapat 3% dari 1 juta. Kira sendiri.. Memang kerja gaji besar tanpa SPM pun!
Diatas ni saya pernah menjadi Property Agent di Chester Property Sdn Bhd di Melaka. Cara saya nak dapat pelanggan banyak dengan run Facebook Ads, dan dapat pelanggan secara online. Whatsapp masuk bertubi tubi. Cara lain yang zero cost, anda boleh gunakan group Facebook. Biasanya tiap negeri dan daerah ada group untuk cari rumah, dan sewa rumah Disitu prospek dahaga dalam group tu, sekali anda post, dapat jual rumah macam pisang goreng panas.
Team Sales Produk yang Margin Tinggi
Jika anda nak tahu selok belok perniagaan online, anda kena involve dalam team sales ni. Tak perlukan SPM pun! Saya ulang, anda boleh dapat kerja gaji besar tanpa SPM pun!
Selalunya company yang jual produk ni dalam niche produk wanita sebab demand terlalu tinggi. Lagi lagi dalam fesyen, kosmetik, penjagaan wanita, dll. Anda kena cari komisyen yang besar. Ada yang beri anda komisyen RM50 – RM150 setiap produk terjual. Bayangkan sebulan anda dapat close jualan 200 unit? Senang senang je anda boleh dapat RM10,000 sebulan!
Cumanya anda nak dapat jualan gempak macam ni, mereka akan latih anda menjual menggunakan whatsapp dulu. Setelah anda pakar dalam whatsapp anda dilatih pula untuk buat jualan melalui call. Seterusnya anda akan naik level ke Marketing Department, dimana disinilah sinar baru anda bermula. Anda akan belajar macam macam dalam digital marketing seperti Facebook Ads, Ecommerce, Website, mahupun Google Ads. Anda ada kepakaran ini anda boleh jadi Authorized Seller, dimana anda jual sendiri, run ads sendiri, anda boleh dapat komisyen lebih tinggi iaitu 30% – 50%. Macam saya sekarang, saya jual 100% secara online, bagi komisyen produk digital dalam 50%. Produk harga RM300, saya bagi RM150.
Affiiate/agen produk digital
Nak jual produk digital ni, anda tak perlukan kos pun, anda hanya promote sahaja. Cuma nak promote kena guna Facebook Messenger Ads. Barulah dapat sales padu. Biasa anda boleh dapat komisyen 50% – 70% untuk 1 produk digital terjual. Macam website Lernify.com ni memang sediakan platform produk digital yang anda boleh jual dengan dapat komisyen 50% senang senang jer.
Cuma untuk newbie, anda perlu mahirkan dalam buat jualan. Anda boleh follow dengan jadi team sales dulu. Dimana anda tak perlu run ads, company yang run ads, anda hanya terima senarai bakal pelanggan yang berminat sahaja. Bila dah power nanti, baru run ads sendiri.
Buat produk OEM jenama sendiri
Di Malaysia ni banyak je kilang yang sediakan produk jenama OEM. Macam macam produk ada. Cuma anda kena pandai survey. Anda boleh cari produk yang kos rendah. Kalau boleh kos produk RM10 ke bawah. Dan boleh dapat MOQ (minium of Quantity) yang minima. Contoh boleh order dulu dalam 50 – 200 unit dulu ke.
Cuma nak jadi founder produk ni, anda kena tahu produk apa yang laku keras sekarang ni. Contoh produk untuk kecantikan wanita, memang laku keras. Cuma kena modal kasar sikit. Anda kena ada pengalaman run Facebook Ads dulu baru anda boleh keluarkan produk jenama sendiri.
Anda tak perlu pasal KKM kerana selalunya kilang akan sediakan semuanya. Cuma anda kena ambil berat pasal packaging. agar nampak lebih menarik dan rasa premium. Untuk jual produk jenama sendiri ni biasa modal dalam RM10, anda boleh jual dalam RM60 – RM120. Banyakkan untung nya? Serius perniagaan ini tak perlukan SPM. Anda boleh dapat kerja gaji besar tanpa SPM. Dah ramai buat jualan dalam RM500,000 sebulan hanya keluarkan produk jenama sendiri. Lepas tu run Facebook ads beserta website Ecommerce, dimana anda tak perlukan ramai staf untuk uruskan perniaggan anda.
Agensi Pengiklanan & Pemasaran Digital
Ini yang saya buat sekarang ni, saya bantu usahawan untuk buat pemasaran menggunakan Facebook Ads, Website, Google Ads, dan SEO. Bayaran untuk Facebook Ads sahaja saya boleh dapat RM3000 – RM8000 sebulan. Sebab kepakaran ini memang banyak sangat demand dari usahawan Malaysia. Cuma pastikan anda ada proven result la, baru usahawan percaya kat anda. Ini mengambil masa. Jika dah 2 – 3 orang klient nanti, mereka akan recommend dengan orang lain. Ini antara yang saya dapat sekarang, Kerja gaji besar tanpa SPM.
Okay nanti saya share lagi pasal nak dapat kerja gaji besar tanpa SPM.