Telefon memang pintar, tapi pintarkah anda? Jika dulu telefon hanya digunakan untuk berhubung, kini segala kerja dari urusan peribadi sehingga bisnes menggunakan system yang lebih mudah di telefon pintar. Termasuklah membuat transaksi jual beli atas talian (online transaction). Kini sudah menjadi trend pembayaran secara contactless seperti QRPay, Touch n Go, NFC, mobile wallet dan in-app wallet. Malah ada pengeluar telefon pintar telah mengeluarkan system pembayaran tersendiri, contoh nya MiPay bagi pengguna Xiaomi.
Tapi tahu tak yang sebenarnya kita sangat terdedah kepada risiko kerana segala maklumat diri dan perbankan kita berada dalam peranti kecil ini. Di sini 6 tips untuk mengurangkan risiko transaksi di telefon pintar.
Table of Contents
1. Download Apps yang Dipercayai
Terang lagi bersuluh, apps yang didownload dari 3rd parti adalah sangat tidak selamat. Contohnya apps yang terus didownload di internet dalam format .apk. Untuk langkah berhati-hati, download hanya menggunakan sumber yang dipercayai seperti AppStore atau PlayStore.
2. Review dan Rating
Sebelum download sesuatu apps, adalah lebih baik kita semak dahulu review dari pengguna lain. Review lebih dipercayai dari rating kerana ianya adalah respon real-time dari pengguna yang pernah menggunakan apps tersebut
3. Password
Letakkan password di telefon, folder dan juga di apps yang berisiko terutama apps yang berkaitan perbankan. Mungkin ada antara kita yang menggunakan notes untuk menyimpan maklumat dan data peribadi, pastikan note itu mempunyai fungsi lock.
4. Internet
Pastikan guna internet personal atau Wi-Fi Home sahaja, kerana jalan paling senang untuk orang luar dapatkan password dan maklumat di telefon atau laptop kita adalah dengan menggunakan IP Address. Sebaiknya cuba elakkan dari akses Wi-Fi awam seperti di hotel, restaurant, terminal atau lapangan terbang.
5. Website Security
Sesetengah apps terutama social media dan juga pembayaran online akan membawa kita kepada website yang dibuka di apps browser. Pastikan laman yang kita masuk memiliki keselamatan yang baik supaya segala data yang dikongsikan sentiasa selamat. Paling mudah hanya lihat di bahagian search di atas browser, pastikan ada logo manga (lock) berwarna hijau atau https.