Kebelakangan ni, ramai usahawan yang mula mengambil berat mengenai kepentingan video marketing dalam perniagaan mereka. Pelbagai jenis video marketing telah mereka buat untuk memastikan perniagaan mereka bertambah maju. Mari kita lihat 5 jenis video marketing yang mudah untuk menarik perhatian.
Table of Contents
1. Live di media sosial
Seperti yang kita sedia maklum, media sosial seperti Facebook dan Instagram telah mempunyai fungsi LIVE. Dalam channel LIVE ini, para usahawan boleh mempromosikan produk-produk mereka tanpa perlu berbelanja besar untuk perkhidmatan seperti di television dan radio untuk membuat video marketing.. Mana-mana bisnes yang tak ambil peluang ini, anda sebenarnya sedang kuburkan bisnes anda kerana LIVE di media sosial adalah alat paling berkesan untuk anda / bisnes anda bercakap dengan prospek.
2. Talk Show
Talk Show merupakan pendekatan video marketing yang baik. Ni antara perkara yang owner bisnes wajib fikirkan. Dia mesti hasilkan satu rancangan Talk Show dia sendiri secara konsisten. Kalau anda dalam bidang kesihatan, anda kena buat rancangan ala-ala MedikTV, supaya orang tahu bisnes anda ni ada kepakaran bantu selesaikan masalah mereka. Ada banyak jenis rancangan yang anda boleh tawarkan pada prospek anda. Sebab paling penting, orang akan tahu jenama anda dengan nama rancangan tersebut. Akhirnya orang tak sabar nak tengok setiap episod rancangan anda yang anda buat.
3. Video Testimoni
Video testimoni ni merupakan teknik yang paling power. Anda buat rakaman atau ambil video dari mana-mana pelanggan anda yang dah hasilkan result yang baik. Ia lebih kurang ambil video feedback pelanggan. Tapi video ini anda perlu ada set soalan yang betul-betul boleh beri impak pada menonton. Pastikan set soalan anda tu sentuh emosi, share feeling dan pengalaman pengguna sebelum, semasa dan selepas gunakan produk atau servis anda
4. Video Marketing Konten
Satu lagi video marketing yang menarik minat orang adalah video informatif. Yang berkaitan tips, teknik, cara-cara. Maksud video konten ini akan terangkan bagaimana anda buat video tentang tutorial penggunaan produk, video penerangan bagaimana masalah timbul, video cara nak selesaikan masalah. Kalau anda tengok dicovery channel, kan banyak sharing tentang macamana gula-gula dihasilkan, macamana gitar dibuat, bagaimana kereta dihasilkan dikilang. Ni lah antara contoh-contoh video yang orang minat nak tengok dan sanggup duduk berjam-jam nak habiskan video ni. Jadi, anda pun kena buat. Anda kene kreatif fikir macamana nak buat video macam tu.
5. Travelog
Kalau anda seorang yang ejen, seorang trainer yang menggunakan anda sendiri sebagai jenama dalam bisnes, anda patut buat travelog. Travelog adalah video anda rakam sendiri untuk menceritakan pengalaman anda, kisah anda, story anda ketika anda travel atau apa sahaja aktiviti yang anda buat. Contohnya seperti Saiful Nang jika anda mengikutinya. Travelog ibarat anda sedang merakamkan idea anda, celoteh anda, fikiran anda supaya ianya sampai pada followers anda. Dengan ini, followers akan lebih setia, lebih tertarik dengan anda berbanding orang lain. Walaupun anda hanya ejen produk orang, tapi orang lebih percaya anda berbanding ejen lain.