Baik idea ini telah dilalui oleh saya sepanjang melibatkan diri dalam bisnes online. Idea bisnes ini mungkin juga sesuai untuk anda jika anda seorang pelajar dimana tak tahu nak cari pendapatan tambahan. Saya mulakan pada mulanya hampir tiada modal.
Table of Contents
Idea Bisnes Online Servis Bina Logo & Poster
Idea bisnes servis bina logo dan poster, sesuai untuk mereka yang kreatif, dan suka bidang multimedia. Tidak kisah background anda apa pun. Saya background Elektrik. Mulanya saya dapat dari promosi ke group usahawan, dan instagram saya pada tahun 2014. Ada beberapa usahawan PM saya tanya harga. Untuk permulaan anda boleh letakkan minima harga RM50 untuk satu logo, dan RM70 untuk 1 poster. Anda kena mahir gunakan Adobe Photoshop & Adobe Illustrator. Jika anda boleh dapat sehari RM50 – RM100 dengan servis buat poster dan logo dengan sejam dua, maka boleh lah anda jadikan sebagai kerjaya sampingan. Standard rate untuk design logo RM200 – RM500. Manakala poster RM250 – RM350 untuk sekeping poster.
Idea Bisnes Online Servis Bina Website
Idea bisnes servis bina website pula, saya bermula pada tahun 2017. Bina website untuk kontraktor. Ada banyak kontraktor sekarang ni, servis kontraktor aircond, kontraktor pendawaian elektrik, piping, kontraktor binaan rumah dan sebagainya. Nak bina website ini sangatlah mudah. hanya drag n drop jer. Untuk permulaan anda boleh gunakan platform Mobirise. Saya dapat bayaran RM1200 untuk 2 jam sahaja diperlukan untuk bina website. Cuma anda perlu faham teknikal sedikit berkenaan domain dan hosting untuk pasang website dalam online. Nak belajar ni dalam youtube sangat lah banyak. Search je how to design website using mobirise.
Idea Bisnes Online Servis ayat iklan Copywriting
Okay, Idea bisnes servis buat ayat iklan pun tak kurang pula permintaannya. Saya dapat RM250 untuk 3 ayat iklan saya buat. Ini anda kena berlatih lihat ayat iklan orang lain, bagaimana kreatif & mesej disampaikan tu boleh tarik perhatian anda. Nak buat ayat iklan ni ada struktur nya. Iaitu, Tajuk, Intro, Isi, Offer, CTA..
Ramai usahawan perlukan servis bina ayat iklan. Dan kalau anda boleh buat, dalam masa 15 minit anda boleh dapat RM250.
Idea Bisnes Servis Lajukan Website
Okay Idea bisnes ini perlukan pemahaman teknikal berkaitan website. Kalau nak lajukan website ni, asas nya, anda kena cari plugin yang boleh optimize kelajuan website, antaranya gambar, video, lazyload, cache. Semua ni boleh buatkan website tidak perlahan. Saya dapat bayaran RM500 untuk 1 jam setup sahaja.
Idea Bisnes Servis SEO Website
Untuk Idea bisnes servis SEO pun kena ada sedikit pengetahuan teknikal tentang penulisan di website. Macam anda baca sekarang ni, mungkin anda jumpa artikel ini di Google kan? Ini lah antara teknik SEO, dimana anda boleh offer servis optimasi SEO serta penulisan artikel yang mesra SEO. Cas anda boleh dapat RM3000 untuk sebulan. Boleh dapat RM3000 – RM9000 mengikut berapa lama bisnes owner nak ikat kontrak dengan anda.
Idea Bisnes buat video Iklan
Nak buat video iklan ni tak susah, Semudah drag n drop juga. Idea ini pun saya pernah praktikkan. Buat video ni dalam 30 minit jer, dapat bayaran RM350. Saya gunakan platform lumen5.com jer. Kalau anda explore lebih, anda boleh buat sumber pendapatan dari sini. Banyak juga permintaan untuk buatkan video iklan, video informasi, dan banyak lagi.
Idea Bisnes Servis Pemasaran Digital
Haa, idea ini, perlukan pengalaman dalam pemasaran digital. Antara pemasaran digital adalah Facebook Ads, Google Ads, SEO, Instagram, dan banyak lagi. Idea Bisnes ni saya buat sampai sekarang. Bukan sekadar idea. Bayaran biasa saya dapat RM3000 – RM18,000 untuk satu tempoh servis. Servis pemasaran digital ni saya fokus pemasaran Facebook Ads dan Chatbot sahaja. Dimana, tugas saya buat ayat iklan, run ads, pantau iklan, pastikan iklan dapat leads yang mencapai KPI. Biasa owner bisnes yang high end, ni dia tak kisah, berapa mahal cas servis, asalkan mereka dapat apa yang mereka nak.
Idea Bisnes Servis Pemasangan Chatbot
Idea bisnes ni juga team kami buat sehingga sekarang. Bayaran biasa dalam RM1500 sehingga RM3000 mengikut tugas la. Saya boleh kata, idea bisnes ni sangat ada permintaan kerana ramai usahawan dah mula sedar nak mulakan bisnes secara online. Jadi ini peluang anda untuk grab peluang ini